Anwar Ibrahim yang ditemui wartawan sejurus keluar dari Istana Kehakiman Putrajaya mengumumkan beliau bukan lagi calon PKR DUN Kajang, tetapi akan terus berkempen.
“Sesiapapun yang ganti, beliau mestilah calon lebih baik,” ujarnya.
Sementara itu, Naib Presiden PKR, N Surendran berkata Anwar tidak akan dapat bertanding dalam kerana sabitannya dalam kes liwat II hari ini, membatalkan kelayakannya untuk menjadi calon.
Menurutnya, memandangkan Anwar telah disabitkan, maka soal “kehilangan kelayakan tidak dapat dielakkan”.
Perkara 47 Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa seseorang individu yang disabitkan, tidak berkelayakan untuk menjadi calon jika sabitan itu termasuk hukuman penjara lebih setahun, atau denda lebih RM2,000.
Ini juga dinyatakan dalam buku panduan Suruhanjaya Pilihan Raya bagi calon pilihan raya.
Ada cakap-cakap yang sampai ke Agendadaily, dua pemimpin PKR, Pengarah Startegi Rafizi Ramli dan Setiausaha Agung Saifuddin Nasution telah menukar alamat kediaman mereka di DUN Kajang.
Kesahihannya tidak dapat disahkan. Namun perkara ini sudah pasti akan menjadi ‘backfire’ pada PKR yang sebelum ini dikecam hebat kerana meminta ADUN mereka meletak jawatan bagi membolehkan Anwar bertanding. – Agendadaily.com
Post a Comment