TIBA-TIBA 89 wakil pembangkang di Parlimen semalam jadi begitu obses dengan kehilangan pesawat MH370 yang tidak dapat dikesan sejak Sabtu lepas.
Sebab itulah balik saja dari boikot pada Selasa, berlumba-lumba wakil pembangkang cuba mengaitkan kegagalan mengesan pesawat tersebut dengan kerajaan.
Yang dia lupa, kerajaan bukan satu saja pihak yang cuba mencari pesawat tersebut, tapi ada 12 negara lain, dengan kelengkapan canggih masing-masing turut membantu kerajaan dalam usaha ini.
4 buah pesawat maritim P-8 Orion yang masing-masing dihantar Amerika Syarikat, New Zealand, Australia (2 buah) contohnya boleh mengesan apa sahaja jenis besi yang terdapat di dalam laut dari udara – itupun masih tidak dapat mengesan bangkai pesawat tersebut.
Itu negara-negara maju pun tidak boleh mengesan pesawat tersebut, apa hal pulak pembangkang nak menyalahkan kerajaan?
Hairannya orang luar begitu memuji usaha Malaysia dalam hal menyelamatkan pesawat ini. Memanglah dalam kekecewaan 239 nyawa mungkin melayang, ada yang kecewa dan rasa usaha yang dijalankan tidak cukup baik, tapi secara keseluruhan, semua orang tahu kita sedang berusaha dengan sedaya upaya kita.
Tak sebut lagi bagaimana komander Armada Pacific ke-7, Komander William Marks sendiri pun memuji usaha Malaysia dan menyifatkannya sebagai terbaik dari segala segi.
Datang pembangkang kondem semua perkara, nampak sangat bangkang hanya untuk bangkang, bukan ada sebab dan alasan yang munasabah sama sekali.
Sebetulnya, pembangkang tidak ada jiwa pun dalam usaha mencari dan menyelamat pesawat MH370 yang hilang sekarang. Perjuangan mereka hanyalah untuk menyelamatkan dubor Anwar Ibrahim yang entah berapa kali sudah disabitkan dengan kesalahan meliwat.
Terlepas pun hanya sebab teknikal, bukan sebab tak buat.
Itu yang lebih utama sekarang pada pihak pembangkang. Nyawa 239 orang tu nak jadi apa, pembangkang bukan peduli. Inilah yang rakyat perlu nilaikan, beza antara kita dengan mereka. Berpolitik tak habis-habis, tak kira tempat, tak kira keadaan.
Post a Comment