**Terkini Polis turut melakukan pemeriksaan di rumah Pembantu Juruterbang, Fariq Abdul Hamid selepas menyiasat di rumah Kapten Zaharie.
Agensi berita Reuters melaporkan bahawa pasukan polis telah melakukan siasatan dengan memeriksa rumah Kapten MH370, Zaharie Ahmad Shah hari ini.
Media itu berkata, polis tiba selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan bahawa fokus siasatan juga kini bertumpu kepada penumpang dan anak kapal berkenaan yang disahkan telah dirampas oleh pihak tertentu.
Media itu bagaimanapun tidak menjelaskan lebih lanjut apa yang dicari atau ditemui pihak berkuasa.
Reuters memetik kenyataan seorang pegawai kanan polis yang tidak dinamakan.
Sementara itu, Daily Mail melaporkan, polis melakukan penilaian psikologi terhadapa latar belakang kehidupan mereka dan kehidupan ahli keluarga mereka.
Kapten Zahari yang memiliki lebih 18,000 jam penerbangan menarik minat penyiasat apabila diketahui turut membina simulator sendiri di rumah
mynewshub
+ comments + 2 comments
Tiada kepelikkan jika polis mulakan siasatan trhdp pilot,co pilot Dan krew.... hanya siasatan psikologi dan cari klu yg relevan manalah tahu ada sesuatu kepelikkan mereka ini.
Teruskan siasatan demi KEADILAN semua pihak.
Post a Comment