12/03/2014

#pray4MH370 ; Petunjuk Baru, Malaysia Desak Vietnam Buka Pintu Sempadan


Menurut sumber usaha mencari dan menyelamat yang berlangsung d Selat Melaka dan kawasan sepertimana yang selalu kita dengar dari sidang akhbar yang d buat oleh MAS setiap hari mula meluaskan kawasan pencariannya.

Pencarian yang d lakukan d kawasan tersebut sudah d buat sebanyak 4 kali pusingan rondaan secara terperinci dan belum menampak sebarang hasil..kini usaha terbaru adalah mendesak Kerajaan Vietnam 'membuka pintu seluasnya' supaya Malaysia dan negara-negara yang sanggup hulurkan tangan untuk membantu dapat memasuki perairan Vietnam tanpa sekatan.

Menurut sumber, pesawat MH370 kiranya terhempas maka jarak pesawat tersebut terhempas mungkin dalam radius 20 batu nautika dari isyarat 'titik hilang radar' terakhir pesawat tersebut.

Aakj terkejut juga bila membaca berita yang mengatakan Kerajaan Vietnam bakal hentikan operasi mencar dan menyelamat MH370 dengan mendakwa MAS tidak repon pada surat yang mereka hantar dengan alasan menunggu jawapan dari Kerajaan Malaysia mengenai kedudukan terakhir pesawat itu.

Sumber memberitahu, Timbalan Menteri Pengangkutan Vietnam, Pham Quy Tieu hari ini berkata, operasi mencari pesawat yang dilaporkan hilang pada 8 Mac lalu itu dihentikan selepas laporan media semalam menyebut bahawa tentera Malaysia kali terakhir mengesan pesawat itu di Selat Melaka.

"Kami telah menghantar dua notis kepada Malaysia (sejak semalam) untuk mengesahkan laporan media antarabangsa (berhubung kedudukan terakhir pesawat itu).

"Tiada jawapan diterima setakat ini," katanya dalam sidang media di pusat operasi mencari dan menyelamat di Lapangan Terbang Antarabangsa Phu Quoc, pagi tadi.

Namun Pham berkata, dua penerbangan untuk operasi mencari dan menyelamat akan tetap dibuat hari ini tetapi semua aktiviti lain akan dihentikan.

Beliau juga berkata, sehingga kini Vietnam hanya berhubung dengan seorang pegawai dari Malaysia dan maklumat yang diperolehi dari Malaysia tidak mencukupi.

Kerajaan Malaysia pada Sabtu lalu mengumumkan lokasi pencarian pesawat yang membawa 239 individu itu diperluas ke Selat Melaka.

Bagi aakj, Kerajaan Vietnam samada suka atau takut untuk 'membuka pintu' sempadan perairan atau samada Vietnam ada Aset Canggih atau sebaliknya..atas semangat Asean..ketika jiran terkena musibah maka segala prasangka buruk wajar dihapuskan.

Mungkin Vietnam takut bila Aset Tentera dari negara lain masuk maka bukan setakat operasi mencari dan menyelamat sahaja yang dibuat..Vietnam mungkin bimbang ada yang cuba buat MAPPING TOPOGRAPHI atau risik terhadap kekuatan tentera Vietnam berlaku. Sepatutnya prasangka begini tidak timbul dalam usaha mencari pesawat misteri ini.

Semalam, sebuah akhbar di Malaysia melaporkan Panglima Tentera Udara Jeneral Tan Sri Rodzali Daud menyebut bahawa radar milik tentera Malaysia kali terakhir mengesan penerbangan MH370 di Selat Melaka, jauh tersasar daripada laluan asalnya dari Kuala Lumpur ke Beijing, China.

Sebuah agensi media antarabangsa turut melaporkan perkara sama menggunakan sumber dalaman tentera Malaysia.

Namun, Rodzali menafikan mengeluarkan sebarang kenyataan seperti itu.

No comments:

Post a Comment