Dua penumpang MH370 yang menggunakan pasport curi dikenal pasti berasal dari Iran dan dipercayai tiada kaitan dengan kumpulan pengganas, namun polis masih memfokuskan siasatan kepada kemungkinan pesawat itu dirampas atau disabotaj.
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, seorang daripada mereka dikenali sebagai Pouria Nour Mohammad Mehrdad yang menggunakan pasport milik warga Austria, Christian Kozel.
Menurutnya, lelaki berusia 19 tahun itu dalam perjalanan ke Jerman dan dipercayai dia mahu berhijrah ke negara itu.
“Maklumat ini diperoleh selepas ibunya yang berada di Frankfurt, Jerman menghubungi pihak berkuasa negara ini selepas anaknya tidak muncul di balai ketibaan lapangan terbang di sana.
“Hasil maklumat ibunya, kami bekerjasama dengan pihak berkuasa beberapa negara bagi memeriksa profil dan latar belakang Pouria. Setakat ini, tiada maklumat yang boleh mengaitkannya dengan kumpulan pengganas,” katanya pada sidang media di sini, semalam.
)
Video juga boleh d lihat d SINI
No comments:
Post a Comment