Home » » #pray4MH370 ; Jepun Tambah Aset Bantu Operasi

#pray4MH370 ; Jepun Tambah Aset Bantu Operasi

Written By Unknown on 15/03/2014 | 7:00 am


Jepun menghantar tambahan aset menyertai misi mencari pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370.

Menurut kenyataan Kedutaan Jepun di sini hari ini, dua kapal peronda P-3C Orion milik tentera laut Jepun akan memulakan operasi mereka seawal-awalnya esok.

Dua aset ini akan menyertai dua pesawat pengangkut C-130 tentera udara Jepun yang dihantar sebelum ini selain pesawat Gulfstream V daripada pasukan pengawal pantai Jepun yang memulakan operasinya hari ini, kata kenyataan itu.

Penerbangan MH370 yang dikendalikan oleh Boeing 777-200 hilang secara tiba-tiba kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dalam kejadian awal Sabtu.

Penerbangan Kuala Lumpur-Beijing itu membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal.

Operasi mencari dan menyelamat membabitkan 13 negara dengan lebih 100 aset udara dan laut sehingga kini gagal mengesan pesawat berkenaan.
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger