Home » » #pray4MH370 ; Foto Gua Baru Sabah Di Namakan "Gua MH370"

#pray4MH370 ; Foto Gua Baru Sabah Di Namakan "Gua MH370"

Written By Unknown on 10/03/2014 | 7:49 pm

1003GuaMH370


SEMPENA insiden kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang sudah masuk hari ketiga, sekumpulan pakar penjelajah gua memberi nama gua baru yang ditemui mereka sebagai “Gua MH370″.

Kumpulan itu yang menggelarkan diri mereka sebagai Bornea Spelunker (Pasukan Jelajah Dan Pemulihan Gua) mengumumkan perkara itu di laman Facebook.

Seorang daripada anggota pasukan itu merupakan pakar jelajah gua iaitu Laili Basir yang bertanggungjawab memperjuangkan nasib beberapa gua di daerah Merapoh di Pahang yang pada satu ketika baru-baru ini menghadapi risiko musnah akibat pembukaan kilang simen yang kemudiannya dihentikan.

Gua MH370 ditemui di Pulau Balambangan, Sabah pada 8 Mac lepas.

Pasukan itu diketuai oleh pakar penjelajah gua iaitu Papi Johntoy John.

Nama itu sebagai menghormati kejadian yang jarang berlaku melibatkan pesawat MH370 yang terputus dari hubungan radar dengan menara kawalan Subang ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing, China pada awal pagi Sabtu lepas.

MAS dalam kenyataan pertamanya dalam insiden itu memaklumkan bahawa pesawat berkenaan hilang dari radar pada pukul 2.40 pagi.

Seluruh dunia memberi tumpuan kepada insiden ini kerana ia jarang berlaku kerana MH370 hilang tanpa sebarang petanda terutamanya daripada juruterbangnya iaitu Kapten Zaharie Ahmad Shah yang mungkin ada memaklumkan berkenaan sebarang kecemasan dalam pesawat kendaliannya. 

– MYNEWSHUB.MY
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger