Home » » #pray4MH370 ; 14 Negara Bergabung - Hari Ke 7 !!

#pray4MH370 ; 14 Negara Bergabung - Hari Ke 7 !!

Written By Unknown on 14/03/2014 | 9:00 pm

bantuan

Sebanyak 14 buah negara diketuai Malaysia kini terbabit dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) pesawat MH370 yang hilang dalam perjalanan ke Beijing, awal pagi Sabtu lalu.

Korea Selatan dan Perancis antara negara terbaru menghantar bantuan.

Negara-negara lain yang turut terlibat adalah China, Singapura, Thailand, Vietnam, Amerika Syarikat, New Zealand, Filipina, Australia, Jepun, Indonesia dan India serta Malaysia.

Dengan kekuatan mencecah puluhan buah kapal dan pesawat serta ratusan anggota, diharapkan misi pencarian akan segera bertemu dengan sesuatu petunjuk baru terhadap nasib kapal berkenaan.

Antara bantuan ialah dari pihak ketenteraan Amerika Syarikat (AS) yang telah menghantar kapal kelas pemusnah, USS Pinckney, Arleigh Burke yang berpangkalan di San Diego dalam misi mencari dan menyelamat pesawat MAS MH370.


Menurut laporan ABC News, kapal canggih itu turut membawa dua helikopter yang boleh digunakan dalam misi tersebut.

Sementara itu, tentera Laut Nasional Indonesia (TNI-AL) turut menghantar lima kapal perang dan sebuah helikopter.

Difahamkan juga, Tentera Udara Republik Singapura (RSAF) telah menghantar sebuah lagi pesawat bagi menyertai pasukan mencari, hari ini.

Mereka menghantar pesawat peronda maritim Fokker-50 untuk membantu operasi mencari dan mengesan di Selat Melaka.

Kerajaan Korea Selatan juga memutuskan untuk menghantar dua pesawat tenteranya menyertai misi mencari dan menyelamat (SAR) pesawat Malaysia Airlines MH370 yang masih hilang.

Kedutaan Korea Selatan di sini menyatakan Duta Korea Selatan di Malaysia, Cho Byung-jae, telah memberitahu Kementerian Luar Negeri Malaysia mengenai
keputusan itu hari ini.

Perancis antara negara terkini yang turut menghulurkan bantuan hari ini.

Pesawat MH370 membawa 239 penumpang termasuk 12 krew penerbangan dan kali terakhir dikesan radar adalah pada jam 1.30 pagi, Sabtu lalu.

Kehilangan pesawat yang dipandu Kapten Zaharie Ahmad Shah dan pembantu penerbangan, Fariq Abdul Hamid masih menjadi misteri sehingga kini.

-mynewshub
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger