Home » , » #MH370:  Video, Semua Pihak Wajar Menerima ‘Pengakhiran’

#MH370:  Video, Semua Pihak Wajar Menerima ‘Pengakhiran’

Written By Unknown on 25/03/2014 | 6:51 pm


Kerajaan Malaysia telah mengambil langkah yang begitu berhati-hati dalam menangani kehilangan MH370.  Sebarang kenyataan yang dibuat hanyalah berdasarkan laporan penyiasat dan pihak SAR.   Sepanjang dua minggu kehilangan pesawat ini, hampir setiap kali kita dikhabarkan berita yang tidak dapat disahkan di samping tekaan-tekaan atau harapan semata-mata.   

Dua perkara yang dapat disahkan, telah diumumkan sendiri oleh Perdana Menteri iaitu pertamanya mengenai perubahan haluan pesawat secara sengaja pada minggu lalu, dan pengumuman yang menyayat hati semalam, iaitu mengenai ‘berakhirnya’ penerbangan MH370 di tengah-tengah Lautan Hindi. 

Perdana Menteri memilih perkataan ‘berakhir’ tanpa menjelaskan ‘cara pengakhirannya’ kerana ia masih tidak dapat dipastikan.  Apa yang pasti, di situlah pengakhirannya berdasarkan penemuan serpihan oleh pasukan pencari. 

Dalam kata lain, ‘berakhir’ bermakna pesawat itu telah terhenti penerbangannya di situ.  Sama ada ia terhempas, atau menggelongsor dan tenggelam atau meletup di udara atau apa saja, masih belum dapat dipastikan.  Justeru, perkataan ‘berakhir’ adalah yang paling tepat untuk menjelaskan apa yang diketahui setakat ini. 

Pengakhiran penerbangan di tengah-tengah lautan yang luas, ganas dan dalam, serta gagal ditemui selama lebih dua minggu, membawa kita kepada satu kemungkinan sahaja iaitu tiada yang selamat.   Memandangkan kawasan tersebut adalah jauh terpencil dari mana-mana kawasan pendaratan, maka sebarang teori atau spekulasi lain dianggap sebagai tidak logik dan diketepikan oleh pihak penyiasat. 

Justeru, semua pihak wajar menerima pengakhiran ini sambil menanti keputusan penyiasatan.  Namun, di masa yang sama, harus bersedia akan kemungkinan tidak akan mendapat jawapan untuk selama-lamanya.  Cubaan untuk terus mencipta teori dan spekulasi hanya akan menyiksa emosi keluarga yang terlibat kalaupun tidak memburukkan keadaan.  

Apa yang tinggal kini, hanyalah untuk kita mendoakan mereka yang pergi.  Doa juga dipanjatkan kepada keluarga yang terlibat agar mampu menerima hakikat dan bersabar dengan ketentuan.  

Kita juga tidak harus lupa mengucapkan penghargaan tertinggi kepada semua pihak yang terlibat dalam misi mencari dan menyelamat yang bertungkus lumus tanpa mengira masa dan cuaca.    

Selain itu, setinggi-tinggi penghormatan diberi kepada pihak kerajaan Malaysia yang kekal tenang dan professional mengendalikan insiden ini walaupun ditekan dan difitnah oleh berbagai pihak.   Kerajaan telah membuktikan bahawa keutamaan diberi kepada pencarian MH370 serta tidak sedikit pun berganjak dari keutamaan itu, sehinggalah ke akhirnya.  

Biarkan pembangkang terus mempolitikkan MH370, membela diri tanpa sebab dan menuduh kerajaan dengan berbagai tohmahan kerana insiden ini telah membantu rakyat melihat dengan lebih jelas lagi, yang mana kaca dan yang mana intan!




Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger