Ada pihak yang mempersoalkan kenapa kerajaan mengumumkan MH370 berakhir perjalannya di selatan Lautan Hindi tanpa ada bukti rangka atau serpihan atau juga mayat penumpang.
Apa yang Malaysia ada untuk merumuskan demikian hanyalah bukti data satelit yang sebenarnya telah dikaji secara mendalam sebelum keputusan itu dicapai.
Ia tidak dibuat secara hentam kromo…
Penulis faham… mereka yang mempersoalkan itu mungkin masih menaruh harapan agar keajaiban akan berlaku.
Namun secara lojiknya… mampukan ia terjadi?
Apakah anda benar-benar rasa masih ada penumpang yang hidup? Apakah anda rasa MH370 akan ditemui tanpa terjejas?
Entahlah… tuhan punya kuasa kita tidak boleh persoalkan… namun penulis rasa… data satelit dan pengumuman yang dibuat oleh Perdana Menteri itu pun datangnya dari petunjuk yang maha esa juga.
Andai kita hidup dalam pengharapan palsu… mungkin apa yang kita ingin lihat dan capai juga penuh dengan unsur kepalsuan.
Kita akan mencari dalam kegelapan benda yang tidak ada… mana mungkin kita menemuinya bukan?
Terimalah dengan akal dan hati yang terbuka bahawa mereka semua sudah tidak ada lagi… mereka telah meninggalkan dunia yang fana dan kembali ke alam baqa.
Perit… tetapi itulah hakikatnya wahai insan-insan di luar sana.
Lebih baik kita sedekah al Fatihah, bacakan Yassin… untuk yang bukan Islam pula melakukan amalam yang bersesuaian mengikut agama masing-masing.
Sudah lebih 2 minggu… tanpa data satelit pun… sudah pasti terbit di hati kita bahawa mereka semuanya sudah kembali pencipta… cuma selagi tidak diumumkan secara rasmi.. maka kita bermain dengan perasaan bahawa mungkian ada harapan…
Apa pun jua… sudah tiba masanya kita melihat dari sudut realiti. Pengumuman itu perlu agar fokus pencarian menjadi lebih tepat… mencari apa yang perlu dan bukannya mencari harapan palsu di Lautan Hindi.
Ada banyak unsur misteri dalam kehilangan MH370… bukannya konspirasi yang dicanang dengan natijah politik songsang atau semata-mata untuk kegembiraan sebuah jiwa yang mungkin sudah rosak.
Dengan hati yang tenang… dengan jiwa yang bersih… dengan minda yang diselebungi ketenteraman dan ketenangan abadi… maka sudah tentu kita akan menerimanya dengan hati yang terbuka.
Al-Fatihah….(mynewshub.my)
Post a Comment