Home » » #MH370 ; PM Najib Ke Australia Tinjau Operasi

#MH370 ; PM Najib Ke Australia Tinjau Operasi

Written By Unknown on 31/03/2014 | 11:50 pm


Datuk Seri Najib Tun Razak akan ke Perth, Australia Rabu ini, untuk meninjau sendiri perkembangan operasi pencarian MH370 yang kini sedang giat digerakan dari bandar itu.

Perkara itu dimaklumkan Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dalam sidang akhbar sebentar tadi.

Selain itu, tujuan Perdana Menteri ke sana adalah untuk menyampaikan ucapan penghargaan dan terima kasih beliau kepada semua pihak yang terlibat dalam operasi pencarian sejak dari kehilangannya pada 8 Mac lalu, kata Hishammuddin.

Hari ini merupakan hari ke-24 misi pencarian pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang membawa 227 penumpang termasuk 152 warga China dan 12 anak kapal.

Selain itu, Hishamuddin turut menjelaskan kelima-lima objek yang diambil dari Lautan Hindi sebelum ini, tiada satu pun dipercayai mempunyai kaitan dengan MH370.

Dalam masa sama, Hishamuddin turut berkata maklumat terbaru operasi mencari dan menyelamat pesawat MH370 akan dikongsi bersama negara Asean dan Amerika Syarikat di mesyuarat Menteri Pertahanan US-Asean di Hawaii.
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger