Home » » #MH370 : Pembangkang Dan Media Asing Bersekongkol?

#MH370 : Pembangkang Dan Media Asing Bersekongkol?

Written By Unknown on 13/03/2014 | 5:06 pm



Hari ini, kehilangan MH370 telah menunaikan hajat pembangkang untuk mengheret negara asing, terutamanya Amerika, untuk campurtangan.  Walaupun Amerika di sini untuk membantu, tetapi kemasukan mereka ke sini bersama dengan aset perisikan keselamatan serta mendapat pula capaian kepada aset keselamatan kita, tidak seharusnya diambil mudah.   

Atas alasan operasi ‘mencari dan menyelamat’, Amerika pasti mampu mendapat maklumat penuh secara terperinci mengenai semua aspek keselamatan dan pertahanan negara.  Bayangkan jika Amerika mengesahkan yang kehilangan MH370 adalah akibat keganasan, maka pastinya mereka akan mendesak kepada capaian yang lebih tinggi dalam segala aspek keselamatan negara.   

Kita pasti, kerajaan tidak akan membenarkan semua ini berlaku.  Namun, dengan kecanggihan peralatan yang dimiliki oleh Amerika, apakah kita pasti yang mereka memerlukan kebenaran? 

Mungkinkah ini menjelaskan kenapa pembangkang begitu beria-ia menyahut kritikan media asing terhadap negara ini?  Mungkinkah pembangkang sedang membantu kuasa asing untuk mencapai apa jua objektif mereka di rantau ini? 

Mungkinkah pembangkang begitu khianat sekali? 

Melihat dari sikap pembangkang yang tidak punya patriotisme dan sering memburukkan negara, ditambah pula dengan laporan risikan Filipina mengenai Lahad Datu, maka apa yang boleh kita katakan ialah segalanya mungkin.   Ketamakan kuasa dan wang memungkinkan manusia rakus untuk berbuat apa saja.   Dan siapakah yang paling rakus di dalam Malaysia sehinggakan depan belakang, lelaki wanita, semuanya sama saja? 

Apapun, kita tidak boleh menghentikan pencarian MH370 dan terpaksa menanggung segala risiko yang datang bersamanya.   Doa kita kepada penumpang dan krew agar selamat hendaknya.  Doa kita juga kepada Malaysia agar kedaulatannya terus terpelihara. 

Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger