Dewan Pemuda PAS (DPP) Perak hari mendesak Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) bertindak ke atas ‘Raja’ Bomoh’, Datuk Ibrahim Mat Zin kerana didakwa melakukan perbuatan khurafat dan syirik di Perak.
Ketua DPP Perak, Dr. Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss dalam nada tegas berkata, tindakan segera perlu dilakukan ke atas Ibrahim kerana ‘Raja’ Bomoh’ itu masih berani meneruskan perbuatan itu di Perak meskipun dikritik ramai pihak sebelum ini.
“DPP Perak kecewa perbuatan khurafat dan syirik dilakukan di Perak walaupun Mufti negeri, Tan Sri Dr. Harussani Zakaria telah menegur agar ‘Raja’ Bomoh’ bertaubat kerana perbuatannya bercanggah dengan Islam.
“Terbaru, tersebar video ritual ‘Pencarian MH370′ oleh Ibrahim di Pulau Sembilan yang terletak berhampiran dengan Bandar Manjung yang dikatakan ‘menyeru’ agar ‘mayat-mayat’ MH370 timbul amat mendukacitakan,” katanya melalui satu kenyataan media hari ini.
Sehubungan itu, Raja Ahmad mempersoalkan kegagalan (JAIPk) bertindak ke atas perkara itu sedangkan perbuatan `Raja Bomoh’ itu jelas bercanggah dengan ajaran agama, khurafat serta syirik.
Dakwanya, jika tiada sebarang tindakan diambil ke atas Ibrahim sekadar mengambarkan seolah-olah `Raja Bomih’ memang `kebal’ dan tidak boleh `disentuh’ oleh mana-mana pihak.
Mynewshub.my hari ini melaporkan Ibrahim dan pengikutnya mengadakan satu lagi ritual baru di Pulau Sembilan yang kononnya bertujuan untuk menyeru mayat untuk timbul.
Antara aksi mereka termasuklah meneropong dan menarik ‘sesuatu’ menggunakan objek berbentuk tongkat.
Apa yang kurang enaknya, salah seorang pengikutnya turut melaungkan azan sewaktu ritual tersebut. – mynewshub.my
Post a Comment