Home » » #MH370 ; Delegasi Tertinggi Malaysia Ke Beijing Malam Ini !!

#MH370 ; Delegasi Tertinggi Malaysia Ke Beijing Malam Ini !!

Written By Unknown on 25/03/2014 | 11:53 pm


Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata satu delegasi tertinggi sekali lagi akan ke Beijing dan berlepas malam ini untuk memberi taklimat lanjut susulan pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak malam tadi bahawa Penerbangan MH370 Malaysia Airlines berakhir di selatan Lautan Hindi.

Semasa sidang media di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini, Hishammuddin berkata delegasi tertinggi itu berada di Beijing sebelum ini dan pulang bersama beberapa persoalan untuk dibincangkan..

"Saya dimaklumkan bahawa beberapa persoalan dikemukakan kepada delegasi tertinggi ini yang pulang dan membincangkan maklumat apakah yang boleh disampaikan kepada mereka (anggota keluarga)...mereka akan berbuat demikian sebaik sahaja tiba di Beijing," kata beliau.

Di samping itu, beliau berkata kenyataan media berkaitan maklumat oleh Bahagian Siasatan Kemalangan Udara UK (AAIB) akan dibawa bersama kepada keluarga penumpang di Beijing untuk dimaklumkan bagaimana kawasan pencarian dikecilkan ke bahagian selatan koridor selatan.

Pada 20 Mac, delegasi tertinggi, diketuai oleh Panglima Operasi Udara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Lt Jen Datuk Seri Ackbal Abdul Samad tiba di Beijing untuk memberi taklimat kepada keluarga dan waris penumpang pesawat MH370, mengenai perkembangan terkini pencarian pesawat yang hilang itu.

Delegasi itu mengandungi wakil dari Pejabat Perdana Menteri, Kementerian Luar, TUDM, Jabatan Penerbangan Awam (DCA) dan Malaysia Airlines.

Malam tadi, Najib mengumumkan berdasarkan analisis data dalam penyiasatan bahawa penerbangan pesawat Boeing 777-200ER yang membawa 227 penumpang dan 12 krew telah berakhir di selatan Lautan Hindi selepas operasi mencari dan menyelamat selama 17 hari.

Pesawat yang dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing dilaporkan hilang pada 8 Mac kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pukul 12.41 tengah malam.

Penerbangan MH370 sepatutnya tiba di Beijing pukul 6.30 pagi pada hari yang sama.

Bernama
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger