Home » » Laporan Online ; Polis Guna E-mail

Laporan Online ; Polis Guna E-mail

Written By Unknown on 01/03/2014 | 11:00 am



Orang ramai tidak lama lagi boleh membuat laporan kepada pihak polis melalui e-mel yang bakal diperkenalkan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Pengarah Jabatan Pengurusan PDRM Datuk Seri Mohamad Fuzi Harun berkata, pihaknya sedang melakukan persiapan rapi serta langkah sistematik sebelum orang ramai boleh memanfaatkan kemudahan itu.

"Ini merupakan sebahagian dari proses permodenan siasatan, namun sekarang kita masih mengalami sedikit masalah teknikal dan sedang berusaha untuk menyelesaikannya.

"Sebaik kesemuanya selesai, kita akan gerakkan sistem ini dalam masa terdekat," katanya kepada pemberita selepas menutup kursus penataran jurulatih program Belia Remaja Berwawasan di sini hari ini.

Beliau berkata, melalui sistem laporan menerusi e-mel, kerja siasatan kes akan segera dilakukan sejurus laporan diterima.

"Orang ramai boleh membuat laporan di balai polis atau di mana sahaja mereka berada. Pegawai serta anggota yang bertugas tidak boleh menafikan laporan yang dibuat orang awam menerusi sistem ini, baik laporan dibuat di Sabah, Sarawak mahupun Perlis.

"Jika dikesan mereka melakukan demikian (mengabaikan laporan), tindakan tatatertib akan dikenakan kepada mereka," kata Mohamad Fuzi. - Bernama
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger