Home » » LAGAK SAJA 'BERANI MATI'

LAGAK SAJA 'BERANI MATI'

Written By Unknown on 21/03/2014 | 3:00 pm




Sekumpulan empat penjenayah menaiki sebuah kereta bertindak nekad merempuh sekatan jalan raya diadakan anggota polis di Kampung Bukit Kuda di sini, sebelum cuba bersembunyi di sebuah masjid berhampiran.

Dalam kejadian jam 12.30 tengah malam Sabtu lalu, suspek yang menaiki kereta curi dikatakan terkejut sejurus terserempak sepasukan anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara yang membuat sekatan jalan raya dalam Op Cantas Khas di kawasan itu.

Suspek kemudian nekad merempuh sekatan jalan raya itu dalam usaha untuk meloloskan diri walaupun cuba ditahan.

Anggota polis kemudian bertindak mengejar kereta penjenayah sebelum kenderaan dinaiki berhenti di tepi jalan berhampiran sebuah masjid di Kampung Kuantan kira kira satu kilometer dari lokasi sekatan jalan raya.

Salah seorang daripada suspek berusia 22 tahun bagaimanapun berjaya diberkas selepas ditemui bersembunyi di dalam kawasan semak berhampiran.

Hasil pemeriksaan, polis menemui parang di dalam kereta itu selain beberapa telefon bimbit dan kad kredit yang dipercayai milik mangsa disamun. Suspek didapati turut menggunakan nombor pendaftaran palsu pada kereta itu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Klang Utara Asisten Komisioner Mohamad Shukor Sulong mengesahkan penahanan suspek dan usaha memburu tiga lagi suspek masih diteruskan.

Sumber: Harian Metro
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger