Home » » Kes Tuntut Cerai ; Suami Nurul Izzah Pun Pandai Minta Tangguh...

Kes Tuntut Cerai ; Suami Nurul Izzah Pun Pandai Minta Tangguh...

Written By Unknown on 07/03/2014 | 4:41 pm



Kehadiran Nurul Izzah dan suaminya Raja Ahmad Shahrir Iskandar menarik perhatian para wartawan dan jurugambar di Istana Kehakiman di Putrajaya pagi Khamis.

Al maklum kisah pasangan tersebut ada masalah rumahtanga satu Malaysia dah tahu.

Ramai tertanya-tanya apakah kehadiran mereka berdua, yang berjalan seiringan, membawa makna baik, iaitu kes cerai cara baik yang bakal didengar 11 Mac ini ada kesudahannya.

Nurul Izzah sempat berjenaka dengan mengatakan "you guys so nosy..." ketika wajahnya dan suami dirakam.





Kes penceraian mereka akan didengar semula di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur 11 Mac ini.

Itu tarikh yang ditetapkan pada 18 Febuari lalu ketika peguam Nurul Izzah memberitahu mahkamah anak guamnya masih mencari penyelesaian terbaik dengan sang suami.

Ketika sebutan pertama kes pada pertengahan Januari lalu, Raja Shahrir telah meminta penangguhan dua minggu berhubung perkara itu bagi menyediakan kesnya.

Nurul Izzah dan Raja Ahmad Shahrir berkahwin pada 9 Mei 2003.

Upacara perkahwinan mereka diadakan di kediaman bapa Nurul Izzah, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Bukit Damansara.

Mereka dikurniakan dua cahaya mata, seorang puteri berumur 7 tahun dan putera 4 tahun.


-agendadaily
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger