03/03/2014

Kes Bunuh Ketua Wanita UMNO Semenchu ; Penagih Dadah Di Tahan





KOTA TINGGI – Seorang penagih dadah ditahan bagi membantu siasatan kes kematian Ketua Wanita UMNO Cawangan Felda Semenchu, Zalifah Jamaluddin (gambar), 68, di rumahnya di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Supritendan Rahmat Othman berkata, lelaki berusia 36 tahun itu ditahan di sebuah rumah di kawasan sama pukul 8.30 malam tadi.

Menurutnya, siasatan awal pihaknya percaya kes itu bermotifkan samun kerana mangsa memiliki beberapa buah kedai serta tinggal berseorangan.

“Hasil bedah siasat mendapati mangsa dipercayai mati akibat sesak nafas selepas ditekup dengan tuala kecil di bahagian muka.

“Ketika ditemui, tiada kesan kecederaan luaran di bahagian tubuh mangsa kecuali tulang rusuk patah, berkemungkinan akibat ditekan, manakala matanya berwarna merah kerana luka di bahagian dalam,” katanya di sini hari ini.

Rahmat berkata, suspek yang ditahan tidak mempunyai pekerjaan dan direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Dalam kejadian itu, Zalifah ditemui mati di kediamannya di Felda Semenchu di sini pukul 12.20 tengah hari semalam oleh anak lelakinya yang mengesyaki sesuatu berlaku setelah mangsa tidak menjawab panggilan telefonnya.

Mangsa yang tinggal berseorangan di rumah tersebut dijumpai terbaring di dalam bilik selain pintu dapur rumah berkenaan turut terbuka dan berselerak.

Baca seterusnya d SINI

No comments:

Post a Comment