03/03/2014

Foto Kemalangan Pertama Di Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah



Jambatan kedua Pulau Pinang telah dibuka secara rasminya pada 1 Mac 2014 yang disempurnakan oleh Datuk Seri Najib Razak dengan disaksikan lebih 10,000 orang.

Jambatan berkenaan dinamakan sebagai Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah.

Menariknya, baru sehari ianya dibuka, kemalangan jalan raya pertama sudah pun berlaku tengahari 1 Mac 2014, Gambar di atas menunjukkan gambar kemalangan pertama yang berlaku melibatkan dua buah kenderaan.

Bagaimanapun, mangsa kemalangan tidak mengalami kecederaan teruk dan berada dalam keadaan stabil.


- IdaMan

No comments:

Post a Comment