Home » » Kalid Gagap Yakin Kalahkan Azmin Ali Dengan Mudah...

Kalid Gagap Yakin Kalahkan Azmin Ali Dengan Mudah...

Written By Unknown on 02/03/2014 | 10:10 am


Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yakin beliau mampu mengatasi Azmin Ali dalam perebutan jawatan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam pemilihan parti itu yang dijadualkan berlangsung Mei ini.

Selain menerima sokongan menggalakkan daripada rakan-rakannya dalam PKR, beliau turut menjangkakan kedudukannya lebih selesa berbanding Azmin kerana mempunyai kelebihan dari segi pengalaman serta prestasi dalam pelbagai bidang.

"Semua pendekar masuk gelanggang, kalau rasa tidak menang, tak masuk. Saya ada kelebihan dari segi track record dalam semua bidang, saya juga jujur dan sangat berdedikasi.

"Yang lebih penting ialah saya bekerja untuk agenda reformasi dan saya tidak ada agenda peribadi," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Semalam, Abdul Khalid selepas Majlis Makan Malam Kasih Bertaut di kediaman rasminya di Seksyen 7 di sini mengumumkan hasrat untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden PKR yang ketika ini disandang oleh Azmin dalam pemilihan parti itu Mei ini.

Keputusan Abdul Khalid itu dilihat menguatkan lagi desas-desus mengenai pergeseran di antara Menteri Besar itu dengan Azmin sebelum ini kerana Timbalan Presiden PKR itu dilaporkan sering mengkritik pentadbiran kerajaan negeri melibatkan beberapa isu.

Ini kerana, Azmin yang merupakan Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan (BBC) Negeri Selangor dilaporkan pernah bertindak melalui badan itu mengemukakan memorandum kepada Abdul Khalid ekoran tidak berpuas hati dengan pengurangan peruntukan pembangunan oleh kerajaan negeri pada 7 Oktober 2013.

Selain itu, pada 28 November 2013, Azmin turut menyelar keputusan kerajaan negeri menaikkan gaji dan elaun anggota pentadbiran Selangor di antara 80 hingga 373 peratus berkuat kuasa Januari lalu, selain menganggapnya terlalu tinggi dan perlu ditangguhkan.

Terbaru, krisis di antara Azmin dengan Abdul Khalid memuncak apabila Timbalan Presiden PKR itu digugurkan daripada jawatan Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) berkuatkuasa 10 Januari lalu.

Dalam pada itu, Abdul Khalid menafikan keputusannya bertanding jawatan Timbalan Presiden PKR merupakan tindak balas beliau terhadap Azmin yang dikatakan memberi banyak tekanan kepada pentadbirannya sebelum ini.

Sebaliknya, memberikan alasan keputusan untuk mencabar Azmin itu dibuat setelah beliau mengambil kira pandangan serta sokongan daripada pelbagai pihak dari dalam parti itu sendiri.

"Mereka menyatakan bahawa perlu seorang Menteri Besar yang bukan hanya mentadbir negeri tetapi juga berkhidmat kepada parti. Maka atas sebab itu, saya membuat pengumuman awal," ujarnya yang turut menyatakan hasratnya itu turut mendapat galakan daripada Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger