Home » » Hina Sultan ; Mat Sabu Tegas & Tegap Berdiri Belakang Karpal Singh

Hina Sultan ; Mat Sabu Tegas & Tegap Berdiri Belakang Karpal Singh

Written By Unknown on 10/03/2014 | 6:34 pm



Bertempat di perkarangan Tapak Pasar Malam Seberang Jaya semalam, Pakatan Rakyat telah mengadakan siri ceramah jelajahnya untuk menarik sokongan bagi mengadakan Reformasi 2 di Putrajaya kelak.

Dihadapan kira-kira 1500 penyokong yang hadir, Anwar dan beberapa pemimpin Pakatan yang lain dilihat telah mengapi-apikan semangat rakyat dengan propaganda jahat mereka untuk menghuru-harakan negara dalam ceramah itu.

PAS telah menghantar Mat sabu sebagai wakilnya untuk memberi ucapan di ceramah itu. Mat Sabu yang juga Pesuruhjaya PAS negeri P.Pinang dalam ucapannya telah menegaskan bahawa PAS tetap berdiri di belakang Anwar untuk menentang kerajaan BN yang zalim.

Dalam pada masa yang sama, Mat Sabu turut menegaskan bahawa PAS dan seluruhnya ahlinya akan berdiri di belakang Karpal Singh dan mempertahankan beliau daripada dizalimi oleh mana-mana pihak susulan kes hasutan terhadap Sultan Perak, Sultan Azlan Shah baru-baru ini.

"Kamu(BN) tipu rakyat, kamu paksa kami tunduk pada kezaliman kamu". "Sama ada Anwar atau Karpal atau sesiapa pun yang dizalimi, PAS akan berdiri tentang habis-habisan puak zalim ini,"ujar Mat Sabu lagi.

Baca seterusnya d SINI
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger