Home » » Hina Polis : Talipon Bimbit Kepunyaan Wakil Rakyat Bangang Di Rampas

Hina Polis : Talipon Bimbit Kepunyaan Wakil Rakyat Bangang Di Rampas

Written By Unknown on 07/03/2014 | 3:44 pm



Polis merakamkan kenyataan Exco Pulau Pinang Dr Afif Bahardin pagi ini berhubung twitnya pada 4 Mac lalu yang didakwa menghina pasukan polis.

Peguam Afif, Izad Buqkhary Mohd Kamri berkata dua pegawai dari ibu pejabat polis Bandar perda menghubungi Afif sewaktu beliau berada dipejabatnya pada jam 9 pagi.

"Mereka merakamkan kenyataan dan merampas telefon bimbitnya. Semua proses mengambil masa dua jam," kata Izad kepada Malaysiakini.

"Polis memaklumkan terdapat dua laporan polis terhadap Afif berhubung twitnya. Mereka belum memaklumkan kepada kami, peruntukan undang-undang mana untuk menyiasatnya," kata Izad lagi.

Afif dalam tweetnya menyebut: "Penjenayah bunuh polis itu tidak menghairankan, tetapi bila polis yang sepatutnya menegakkan undang-undang membunuh tahanan, itu masalah."

-mkini




Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger