Home » , » Foto ; "Street Of Dakwah", Apakah Solat Depan SOGO Amalan Nabi S.A.W?

Foto ; "Street Of Dakwah", Apakah Solat Depan SOGO Amalan Nabi S.A.W?

Written By Unknown on 02/03/2014 | 11:14 pm



Maaf..bukan nak menyibuk tapi sekadar nak sharing..ye lah bila melibatkan agama maka semua ada hak untuk lontarkan apa yang kita tahu walaupun satu ayat. Tak niat langsung nak pandang rendah Team yang gelarkan diri mereka "Street Of Dakwah.."

Memang bukan senang nak buat kerja dekatkan manusia dengan Allah..Nabi saw sendiri bagitahu bahawa Jihad paling besar adalah Jihad Nafsu..Ulama tafsir nafsu begitu luas..antaranya adalah MALU..itu pun nafsu..MALU nak ajak orang dekat pada Allah..Aakj salute u all berani buat kije dakwah d jalanan..

Cuma Aakj agak tak berapa setuju bila kerja Dakwah ini kita tafsir dengan akal kita..bukan tafsir dengan Sirah Nabi saw itu sendiri. Bayangkan betapa hebatnya insan yang Allah lantik sebagai Penghulu segala Nabi-Nabi ini..hanya Baginda saw sahaja yang buat kerja Dakwah ini hingga kiamat..

Bagaimana? sedangkan Baginda saw sudah tiada?

Lihat sejarah Allah turunkan Nabi dan Rasul..ada yang d utuskan untuk diri sendiri, ada yang untuk keluarga sahaja, ada untuk kaum dia sahaja, ada untuk kampung sahaja, untuk negeri dan untuk negara..tapi Muhammad saw d utuskan hingga kiamat..sebabnya..Ummat Nabi saw sendiri yang akan sambung kerja Dakwah ini.

Lihat juga bagaimana Allah wahyukan perintah Allah pada Nabi saw secara berperingkat dan bagaimana Allah mengajar Nabi saw tertib dakwah manusia pada Allah..hinggalah perintah solat Allah turunkan sebagai perintah wajib.

Nabi saw pergi jumpa manusia..dari rumah ke rumah..dari lorong ke lorong, bertemu kabilah..masuk kampung keluar kampung..malah Sahabat juga d hantar ke luar kota Mekah dan Madinah, keluar dari Tanah Arab..jumpa manusia..ajak pada Allah.

Malah kalau kita baca apa yang Nabi saw buat bila sampai ke Madinah saat Baginda saw hijrah..Nabi saw dirikan masjid..kerana saat itu perintah solat sudah turun..tak perlu rasanya Aakj huraikan terperinci tentang 'kesucian' bila kita nak mengadap Ilahi..semua dah tahu..cuma jangan pandai-pandai buat tak tahu dan mula keluarkan kenyataan bersifat nak 'selamatkan' apa yang kita buat..dalam Islam ni mudah..SALAH TETAP SALAH !

Tak salah kalau nak berdakwah d 'street'..dan tak salah nak solat d 'street'..cuma kalau benda Nabi saw tak buat baik tak yah buat..tak yahlah keluarkan ayat penyedap hati.."sesuai dengan arus zaman"..salah besar kalau guna ayat tu sebab zaman tetap tak berubah..ini masih ZAMAN NABI SAW hingga kiamat. Jangan keliru antara kemudahan dan zaman..Kenderaan berubah..namun doa naik kenderaan tetap sama..Nabi saw tak ajar doa naik kuda atau unta..Nabi saw ajar doa naik kenderaan.

Masjid dan Surau d kawasan program street of dakwah tu bersepah..ajak manusia ke Rumah Allah adalah sunnah besar..namun kalau ajak manusia solat d street tu bukan sunnah..maaf ini mungkin agak berbeza pandangan atau Aakj tak jumpa hadis atau firman tentang 'street solat' d tepi Rumah Allah..maaf lagi sekali...dalam SOGO pun ada surau..luar SOGO ada masjid..emmm..Solat adalah untuk d SYIARkan bukan untuk jadi tontonan tanpa ROH SOLAT..tu kata Tok Guru Aakj...sebab kalau Solat tanpa Roh maka hanya sekadar jadi bahan tontonan..Sahabat Nabi saw solat..kafir yang lihat mereka solat masuk Islam.

Bukan sesaja Allah perintahkan Nabi saw buat MASJID dan bukan sesaja nama Masjid tu RUMAH ALLAH !!

Kat bawah ni Aakj paparkan soalan dan jawaban dari pihak street of dakwah..samada ianya jawapan penyedap hati atau sebaliknya..anda sendiri buatlah penilaian..

Nasruddin Tantawi Main Gitar...Ini Dakwah Juga Katanya

Antara aktiviti street of dakwah dan Aakj pernah suarakan d SINI


Jawapan bagi yang musykil ttg solat di mana mana..susulan dr program STREET DAKWAH di SOGO.

Berikut adalah jawapan dari Ustaz Syed Abdul Kadir Aljoofre :

Kan banyak lagi surau, kenapa nak solat di luar?

Program ini namanya dakwah. Dakwah itu mengajak. Nak mengajak orang solat walau dalam keadaan bagaimana sekalipun. Dalam masa yg sama ia juga pengajaran bahawa solat tak semestinya di surau dan masjid sahaja walau ia tentu terbaik. Jangan sampai kerana surau dikunci, tak jumpa atau tak sempat ke surau, terus dijadikan alasan untuk tinggalkan solat. Semua yang sertai hari ini memang lebih suka solat di masjid dan surau tau.

Tempat sucikah? Kan mungkin ada kena ludah, anjing dah jalan dsb?

Jawapan:

Kaedahnya, yakin tak hilang dengan yang syak. Asal pada sesuatu tempat itu suci, selagi kita tak yakin ada najis di situ. Sekadar, “mungkin”, “rasanya”, “biasanya”, “pernah”, tidak menjadikan ia najis. Walau kita biasa melihat anjing menjilat di lopak air di depan rumah kita sebelum ini, namun kita tidak melihatnya pada lopak hari ini, maka lopak itu masih lagi suci. Syaitan akan suka membisikkan was-was pada kita kerana hendak kita meninggalkan solat atau merasakan solat ini sesuatu yang sangat susah. Street dakwah kali ini menceritakan betapa di mana jua kita boleh solat, selagi kita tak lihat ada najis di situ.

Bukan kena ada lapik ke?

Saya dihulurkan sejadah oleh beberapa sukarelawan Tautan Rahmat. Saya menolaknya. Mengapa? Kerana saya ingin menunjukkan, sejadah bukan syarat untuk solat. Tentu lebih baik solat dengan sejadah. Namun jangan sampai menjadikan ia satu kewajipan. Ingat kata kunci di sini, Street Dakwah!

Bagaimana nak berwudhuk? Boleh tayammum ke?

Kami tunjukkan terlebih dahulu bagaimana untuk berwudhuk dengan menggunakan tak sampai suku botol air mineral yang kecil. Berwudhuk juga boleh dibuat di mana-mana. Maka tak ada alasan untuk meninggalkan solat. Tayammum dibolehkan bila memang tiada air atau ada keuzuran.

Wanita boleh sertai?

Tentu sekali. Islam tak pernah mendiskriminasi wanita. Yang penting tutuplah aurat kalian bukan sahaja ketika masuk waktu solat, bahkan setiap ketika. Mudah saja nak solat, bila pakaian ketika keluar menutup aurat kita dengan sempurna.

-Ustaz Syed Abdul Kadir Aljoofre
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger