Seorang remaja yang didapati bersalah melakukan seks dengan anjing peliharaan teman wanitanya berjaya mengelak hukuman penjara selepas mahkamah memutuskan kelakuannya itu adalah ‘kegilaan selama 30 saat’.
Wayne Bryson, 19, ditahan selepas teman wanita menemui klip video mengejutkan Wayne melakukan seks pada anjing baka Staffordshire yang berusia 4 tahun dan diberi nama Rudi di telefon bimbitnya.
Dia segera menyerahkan klip video tersebut kepada polis.
Peguambela Gordon Holt dalam hujahnya berkata, tindakan bodoh itu telah memusnahkan seluruh hidup Wayne dan akan membayanginya sampai bila-bila.
Disebabkan kejadian memalukan itu, Wayne dibuang daripada keluarga dan ditinggalkan teman wanita.
Wayne yang mengaku salah dijatuhi hukuman penjara empat bulan, digantung selama dua tahun dan dimasukkan dalam senarai pesalah seks selama tujuh tahun.
Di mahkamah sama, Wayne turut mengaku salah memiliki 315 gram daun ganja.
Ketika perbicaraan berlangsung, seseorang yang tidak dikenali telah menjerit dari ruang awam mahkamah mencerca perbuatannya. – mynewshuub
Cops receive reports against Rafidah Ibrahim over surau issue
-
Cops receive reports against Rafidah Ibrahim over surau issue PETALING
JAYA: Police have received three reports against activist and actress
Rafidah Ibra...
1 month ago


Post a Comment