Home » » China Beri Jaminan Teruskan Komitmen Cari #MH370

China Beri Jaminan Teruskan Komitmen Cari #MH370

Written By Unknown on 26/03/2014 | 11:51 pm


Petang tadi Pm Najib jumpa Duta Khas China d SINI.

China memberi jaminan akan meneruskan komitmennya untuk membantu mencari sebuah pesawat penumpang Malaysia yang hilang dan dipercayai jatuh di selatan Lautan Hindi.

Jaminan itu disampaikan Zhang Ye Sui, duta khas Presiden China kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak dalam pertemuan mereka di
pejabat Perdana Menteri di Bangunan Parlimen di sini hari ini.

“Oleh kerana misi mencari kini difokuskan di koridor selatan Lautan Hindi, maka China memberi komitmen untuk menghantar 11 kapal dan tiga daripadanya sudah pun berada di sana,” kata kenyataan Pejabat Perdana Menteri.

Menurut kenyataan itu, kerajaan China akan bekerjasama rapat dengan Malaysia kerana menganggap negara ini sebagai antara rakan golobalnya yang paling
penting.

“China dan Malaysia juga komited untuk membawa hubungan kukuh dua hala sedia ada ke tahap lebih tinggi,” katanya.

Sementara itu, Najib memberi jaminan kepada duta khas China itu bahawa
Malaysia akan memberi maklumat tentang aspek teknikal usaha mencari pesawat berkenaan dan menambah baik aspek komunikasi serta meningkatkan kerjasama dalam
perkara itu.

Para pakar asing yang terlibat dalam misi mencari itu juga akan memberi
taklimat kepada delegasi China tentang analisis dan dapatan mereka.

Penerbangan MH370 dengan 227 penumpang dan 12 anak kapal berlepas dari
Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) pada pukul 12.41 tengah malam 8 Mac dan hilang daripada skrin radar kira-kira sejam kemudian ketika terbang di ruang udara Laut China Selatan.

Pesawat itu sepatutnya mendarat di Beijing pada pukul
6.30 pagi hari sama.

Berikutan itu, gerakan mencari melibatkan pelbagai negara dilancarkan, pada
mulanya di Laut China Selatan dan kemudian, setelah didapati pesawat itu
mengubah laluannya, di dua koridor – koridor utara yang merentas dari sempadan Khazakhstan dan Turkmenistan hingga ke utara Thailand dan koridor selatan dari Indonesia hingga ke selatan Lautan Hindi.

Hasil analisis terhadap data satelit yang belum pernah dibuat sebelum ini,
syarikat dari United Kingdom Inmarsat dan Cawangan Siasatan Kemalangan Udara UK (AAIB) membuat rumusan bahawa Pesawat MH370 terbang di sepanjang koridor selatan dan kedudukan terakhirnya adalah di tengah-tengah Lautan Hindi, di barat Perth, Australia.

Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pada 24 Mac, 17 hari selepas kehilangan pesawat itu, bahawa Penerbangan MH370 “berakhir di selatan Lautan Hindi”. – BERNAMA
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger