Home »
BeritaUtama
» Agensi Umrah Keterlaluan ; "Air Tapak Kaki Nabi" Jadi Modal Iklan
Agensi Umrah Keterlaluan ; "Air Tapak Kaki Nabi" Jadi Modal Iklan
Aduh, macam-macam cara dilakukan untuk melariskan perniagaan menggunakan unsur-unsur agama yang kadangkala kedengaran tidak masuk akal.
Paling utama, ia dikhuatiri membawa kepada terpesongnya akidah apabila diyakini dari sudut yang salah.
Jika sebelum ini ada penjual mendakwa produk mereka menggunakan air atau bahan yang dibacakan surah al-Quran, kini ada pula syarikat yang menjual pakej umrah dan haji mendakwa perkara lebih kurang serupa.
Demi menarik perhatian orang ramai, syarikat ini mendakwa DVD Haji dan air zam-zam mereka telah diberkati dengan curahan air bekas tapak kaki dan rambut Rasulallah SWT serta diperdengarkan bacaan khatam al-Quran sebanyak 600 RIBU KALI.
Secara logiknya macam mana nak khatam al-Quran sampai 600,000 kali pada air zam-zam dan DVD agaknya.
Mungkin juga kesemua DVD dan botol air zam-zam syarikat ini diperdengarkan dengan rakaman al-Quran, tapi perlukah sampai begitu sekali modal digunakan untuk menarik pelanggan? - mynewshub
Post a Comment