Home » » Wanita Ancam Mogok Seks Kalau Undi Calon Ini...

Wanita Ancam Mogok Seks Kalau Undi Calon Ini...

Written By Unknown on 08/02/2014 | 9:00 pm

Tokyo gubernatorial election

Sekumpulan wanita semalam mengumumkan akan melakukan mogok seks kepada sesiapa yang mengundi calon popular untuk jawatan Gabenor Tokyo.

Amaran itu dibuat selepas Yoichi Masuzoe dilaporkan menghina wanita ketika membuat kenyataan pada minggu lalu.

Bekas menteri kesihatan itu adalah calon dari parti kerajaan dan sedang mendahului senarai undian pilihan raya gabenor di Tokyo.

Kempen menentang tokoh terbabit dijalankan dengan slogan “Tolak Masuzoe” dan dilancarkan selepas sebuah blog ahli politik pembangkang memuat naik kenyataan kontroversinya. Masuzoe didakwa menyatakan wanita tidak sesuai menyertai politik kerana sikap mereka yang tidak menentu sewaktu datang haid.

Gerakan itu membuat petisyen dan mengedarkan poster kempen membantah tindakan calon gabenor berkenaan.

Mereka menganggap Masuzoe tidak layak untuk jawatan berkenaan kerana bersikap tidak adil kepada wanita.

Hubungan Masuzoe dengan wanita pernah menjadi isu hangat akhbar Jepun sebelum ini.

Antaranya kerana dia terbabit dalam isu tuntutan nafkah anaknya di mahkamah.

Seorang dari bekas isteri Masuzoe pernah menjadi calon yang menentangnya dalam perebutan jawatan partinya.


mynewshub
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger