Home » » Video Pengakuan Berani Anak Jantan Hamilkan Teman Wanita 14 Tahun

Video Pengakuan Berani Anak Jantan Hamilkan Teman Wanita 14 Tahun

Written By Unknown on 22/02/2014 | 12:12 am

2102PrankAyah

SEJAK wujudnya laman sosial video seperti YouTube, seakan wujud satu corak budaya baru apabila orang menghasilkan gurauan melampau atau ‘prank‘ ke atas ahli keluarga, rakan ataupun pasangan mereka.
Mereka yang berniat melakukan perkara itu biasanya akan meletakkan kamera di tempat tersembunyi bagi mengelakkan mangsa mereka mengetahui aksi lucu, marah atau sedih yang spontan itu sedang dirakamkan.
Di laman Metro.co.uk, ada satu rakaman video seorang budak kulit hitam berusia 16 tahun melakukan prank ke atas bapanya sendiri.
Emmanuel Kellam yang berasal dari Nigeria memberitahu kepada ayahnya bahawa dia sudah pun menyebabkan seorang gadis yang dikenalinya mengandung.
Bapanya yang mendengar berita itu terkejut dan memarahinya dalam Bahasa Inggeris dan juga bahasa Afrika termasuk mahu dia meninggalkan rumah serta pergi ke Nigeria untuk tinggal di sana.
Menurut bapanya, keluarganya akan memelihara bayi itu apabila dilahirkan nanti tetapi Emmanuel harus duduk dan tinggal di Nigeria.
Pada bahagian akhir, bapanya pergi ke belakang rumah dan mengambil sebatang penyapu untuk memukul anaknya. - IBNU K/Mynewshub.my

Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger