Home » » Video Pekerja Pizza Hut Kencing Dalam Sinki Dapur

Video Pekerja Pizza Hut Kencing Dalam Sinki Dapur

Written By Unknown on 21/02/2014 | 2:45 pm


Sebuah restoran Pizza Hut yang terletak di Mingo County, West Virginia, Amerika Syarikat terpaksa ditutup buat sementara waktu selepas pekerjanya didapati kencing di sinki restoran tersebut.
Sebaik rakaman CCTV perbuatan menjijikkan itu diketahui, restoran tersebut terus diarahkan tutup oleh jabatan kesihatan tempatan untuk menjalani pemeriksaan kebersihan dan kesihatan.
Hal ini kerana perbuatan itu dikhuatiri memberi kesan pada pengguna memandangkan sinki sama digunakan untuk mencuci peralatan yang digunakan untuk memasak makanan dan menghidangkannya pada pelanggan.
Pizza Hut Corporation mengesahkan, lelaki dalam video terbabit adalah Pengurus Daerah mereka yang telah dipecat serta merta kerana  tidak mengikut standard operasi dan mencemarkan nama baik syarikat.
Bagaimanapun, jurucakap Pizza Hut turut menjelaskan bahawa perbuatan itu dilakukan selepas waktu operasi. – mynewshub


Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger