The Messenger of Allah (saw) said, "Many a person with shaggy and dusty hair, dusty and driven away from doors (because of their poverty and shabby clothes) were to swear by Allah (that something would happen), Allah will certainly make it happen." [Muslim]
Susahlah nak jumpa pemuda macam ini zaman sekarang. Tanpa disedari percakapannya dirakam dia menolak harta dunia kerana takutkan Allah.
Kambing yang bukan miliknya ditawarkan sebanyak 200 Riyal tetapi dia berkata walau 200,000 Riyal sekalipun dia tidak akan jual. Jadikan ia sebagai pengajaran.
Beberapa minggu yang lepas dalam posting tikaqbuloh yang pertama menunjukkan video seorang pengembala kambing yang begitu jujur sehingga menolak pelawaan dari sekumpulan pembeli yang ingin membayar kambing yang bukan miliknya sebanyak 200 Riyal.
Pengembala ini juga mungkin tidak perasan gelagatnya telah dirakam oleh sekumpulan lelaki ini.
Tetapi dia dengan keteguhan imannya mengatakan walaupun dibayar 200,000 Riyal dia tetap tidak akan menjualnya.
Tapi hari ini siapa sangka Allah membayar tunai perbuatannya itu apabila kerajaan Sudan memberinya hadiah ganjaran sebanyak 200,000 Riyal. Allahuakhbar !!!
-tikaqbuluh
Post a Comment