Semua orang tua selalu ingin yang terbaik untuk anak-anak mereka. Salah satunya adalah menyuruh pergi ke sekolah, semoga anak-anak mereka boleh mendapat pendidikan yang terbaik. Namun kisah ini sungguh memilukan.
Seperti dilaporkan oleh dari Shanghaiist, seorang remaja berusia 14 tahun rela menikam ayah sendiri hingga mati, kerana tidak mahu pergi ke sekolah.
Peristiwa memilukan ini terjadi pada tarikh 18 Februari yang lalu. Seorang remaja dikatakan ada perselisihan faham dengan ayahnya. Si ayah pergi ke sebuah Kedai internet di Xinhua, wilayah Hunan, China untuk memujuk anaknya agar pergi ke sekolah. Tetapi, remaja ini telah mengeluarkan sebilah pisau belati dan menusuk ayahnya. Bapa remaja terbabit meninggal di tempat kejadian.
Kedai internet di China memang dikaitkan dengan beberapa kes kematian beberapa tahun terakhir. Ketagihan internet adalah salah satu penyebabnya. Si anak yang sanggup menusuk ayahnya ini merupakan salah satu bukti, keasyikan bermain internet menyebabkan bapa sendiri pun sanggup di bunuh.
Kisah yang sama pun terjadi di China, beberapa ketika lalu seorang lelaki 24 tahun pun sanggup membunuh teman wanitanya dan bermain internet semalaman.
Semoga kisah ini boleh dijadikan pelajaran. Ketagihan internet boleh membahayakan nyawa orang lain.
-dairishare
Post a Comment