Home » » Video ; Lelaki Sawan Semasa Memandu Myvi & Kemalangan...

Video ; Lelaki Sawan Semasa Memandu Myvi & Kemalangan...

Written By Unknown on 27/02/2014 | 1:30 am

2602SawanMyvi

SAWAN adalah sejenis penyakit yang boleh menjadi berbahaya jika serangan sawan itu kerap berlaku dan ia akan membahayakan pesakit lebih-lebih lagi jika mereka sedang memandu.
Penyakit berkenaan adalah akibat ketidakseimbangan rangsangan isyarat elektrik di dalam otak disebabkan kecederaan semasa atau selepas kelahiran, tumor atau demam ketika kanak-kanak atau jangkitan.
Penyakit sawan yang berbahaya ialah sawan menyeluruh yang melibatkan serangan di keseluruhan bahagian otak.
Pesakit sawan jenis ini akan kaku, rebah, tidak sedar, badan bergoncang atau konvulsi dan meronta. Serangan biasa berlaku dalam lima minit, kebanyakan pesakit tertidur lebih setengah jam dan bila terjaga termenung dan bingung.
Itulah agaknya penjelasan yang terjadi kepada seorang pemandu kereta Perodua Myvi yang terlibat dalam kemalangan kerana pemandunya diserang sawan.
Rakaman video kejadian itu dipaparkan di laman Facebook Oh!Media.
Ia menunjukkan anggota bomba cuba untuk memecahkan cermin kereta lelaki itu yang sedang diserang sawan selepas kemalangan berlaku melibatkan sebuah kereta.
Cubaan seorang anggota bomba untuk memecahkan cermin kereta itu menggunakan perengkuh gagal kerana cermin kereta Myvi itu dipercayai dibuat kukuh bagi mengelakkan kecurian. – MYNEWSHUB.MY


Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger