KAMI menerima kiriman video dari seorang pembaca.
Dia yang enggan dikenali mendakwa berlakunya penjualan syabu secara terbuka di jalan menuju ke Nexus Karambunai, kira-kira lima kilometer dari Kota Kinabalu, Sabah.
Menurut pembaca itu, tindakan agresif mereka akan mula ‘menonjol’ pada jam antara pukul 6 petang hingga 9 malam.
Katanya, menerusi video ini, dia percaya empat lelaki berbaju hitam, putih dan kuning itu adalah penjual dadah syabu dan kereta Viva hitam berkenaan adalah pembeli.
” Kami orang sabah muak dengan perkara seperti ini… kami mahukan ketenteraman dalam kehidupan seharian,” katanya.
Rasanya pihak berkuasa kena lihat balik perkara ini, mungkin dakwaan itu benar dan mungkin juga sebaliknya.
Cuma kalau dilihat balik video ini, ia agak ‘kabur’ dan sukar untuk mengiyakan dakwaan pengirim itu.
Namun kalau boleh, diharapkan pengirim video ini memberikan butiran yang lengkap dan lebih terperinci kepada pihak polis Sabah agar mereka boleh menjalankan siasatan yang lebih rapi dan menyeluruh.
Jangan risau, identiti anda pasti dilindungi.
PDRM memerlukan makluman daripada orang awam kerana kitalah ‘mata dan telinga’ untuk mereka…bersama kita membanteras dadah!
-mynewshub
Post a Comment