Home » » Video Ahli Parlimen Wanita Malaysia Benci Melayu?

Video Ahli Parlimen Wanita Malaysia Benci Melayu?

Written By Unknown on 04/02/2014 | 8:00 pm

Cemar Semangat TBC

ADAKAH Ahli Parlimen Seputeh dari DAP, Teresa Kok pada video kontroversinya sempena Tahun baharu Cina telah menyuruh bangsa Melayu untuk pergi mati?
Penulis masih tidak berhenti memikirkan maksud kata-kata awal pembukaan Teresa yang juga Naib Pengerusi DAP Kebangsaan dalam video bertajuk “Onederful” Malaysia CNY 2014 itu.
Kalau dalam tulisan ruminya ia ditulis “Malai, Sey Ley Ya…”.
Kalau dalam pemahaman kita rakyat biasa yang mempunyai sedikit kefahaman bahasa Kantonis, ia bermaksud “Melayu, pergi matilah kau,” yang memang bermaksud amat kurang ajar dan biadab.
Selepas ditanya kepada beberapa orang yang memahami perkataan dalam bahasa Kantonis, mereka juga memberi penjelasan yang sama iaitu meminta bangsa Melayu pergi mati.
Bagaimanapun, penulis tahu ada perbezaan bunyi pada beberapa sebutan dalam Bahasa Kantonis dan penulis masih tidak membuat kesimpulan berkenaan maksud akhir rangkap kata-kata Teresa itu.
Jika didengar, ungkapan itu juga disebut secara kuat beramai-ramai dalam video berkenaan pada permulaan dan pengakhirannya seakan-akan satu slogan yang disebut secara lantang dan kuat.
Sehingga hari ini, tiada pakar dalam bahasa kantonis tampil dan memberi penjelasan berkaitan maksud kata-kata ini yang menimbulkan tanda tanya kepada orang ramai yang menonton video berkenaan.
Persoalan timbul mengapa kata-kata awal itu tidak diterjemahkan ke dalam Bahasa Inggeris dalam sari kata di bawah video berkenaan.
Untuk pengetahuan kata-kata yang dimaksudkan berlaku  pada masa 0:07 video berkenaan.
Video selama 11:39 saat itu menampilkan Teresa Kok sebagai moderator menemubual tiga orang ahli panel berbincang mengenai Feng Shui dalam kalangan orang cina.
Malangnya, Teresa bukannya berbincang Feng Shui secara betul tetapi berjenaka dan membuat lawak terhadap pemimpin negara dan memperlekehkan beberapa insiden termasuk pencerobohan di Lahad Datu.
Di laman YouTube, DAP Seputeh, penonton video berkenaan tidak boleh menulis sebarang komen kerana sudah tidak diaktifkan.
Kenapa takut menerima komen jika kandungan video tidak akan menimbulkan kemarahan rakyat? – Mynewshub.my

Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger