Home » » Valentine ; Kedai 24 Jam Habis Stok Kondom

Valentine ; Kedai 24 Jam Habis Stok Kondom

Written By Unknown on 15/02/2014 | 12:17 am

KondomHabis

Majlis Fatwa Kebangsaan sudah pun mengeluarkan fatwa bahawa haram hukumnya menyambut Hari Memperingati Kekasih atau Valentine’s Day kerana dikatakan mempunyai unsur-unsur agama Kristian.
Biasanya, pasangan kekasih yang menyambutnya akan memberikan hadiah bunga ros kepada si wanita sempena meraikan hari berkenaan.
Lazimnya, sekuntum bunga ros dijual pada harga RM1 bagaimanapun sempena Hari Kekasih ia dijual semahal RM10 sekuntum.
Apa yang mengejutkan, satu status seorang individu di laman Facebook memaklumkan bahawa jualan kondom di semua kedai beroperasi 24 jam di sekitar kawasan tempat tinggalnya,  mendapat sambutan luar biasa.
“Paling menarik, semua kedai 24 jam kehabisan stok kondom untuk malam 14 Februari.. jaga diri semua kawan-kawan,” kata status berkenaan.
Menurut lelaki itu, kejadian itu dipercayai berlaku buat pertama kali dalam sejarah.
Apapun kesahihannya menurut status itu, amalan menyambut Hari Kekasih ini sewajarnya dijauhi oleh rakyat beragama Islam di negara ini.
Seruan itu turut disampaikan melalui tajuk Khutbah pada hari ini sempena Solat Jumaat dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bertajuk “Iman Yang Mantap, Ummah Cemerlang”.
Menurut khutbah itu, sambutan Hari Valentine adalah permulaan kepada merebaknya gejala sosial seperti penipuan, kecelaruan mental yang disebabkan alkohol dan juga pembuangan bayi.
Pada 2004, Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria, berkata umat Islam yang menyambut Hari Kekasih pada 14 Februari boleh dianggap murtad atau terkeluar daripada Islam jika cara melakukannya mirip dengan agama asal perayaan itu, Kristian.
Harussani berkata, hukum itu boleh jatuh kepada mereka berdasarkan sebuah hadis sahih yang menyebut bahawa:
“Sesiapa yang melakukan perbuatan yang menyerupai sesuatu kaum itu, maka ia turut termasuk bersama golongan tersebut.”
Mengikut sejarah mitos, sambutan berkenaan diasaskan oleh masyarakat Rom yang beragama Kristian sebagai memperingati peristiwa seorang paderi yang dihukum bunuh oleh pemerintah Rom, Claudius II.
Saint Valentine dihukum bunuh kerana mengahwinkan salah seorang askar secara rahsia sedangkan undang-undang Rom ketika itu menghalang golongan muda berkahwin atau berkeluarga sebaliknya dikerah untuk menjadi tentera.
Hari ini budaya Valentine menganjurkan orang ramai menghantar kad ucapan Valentine kepada buah hati mereka, teman karib dan mereka yang tersayang sebagai simbolik menyatakan cinta. – KUMBANG WIRA/Mynewshub.my
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger