Home » » Terkini ; Karpal Singh Bersalah, Pilihanraya Kecil Bakal Berlangsung

Terkini ; Karpal Singh Bersalah, Pilihanraya Kecil Bakal Berlangsung

Written By Unknown on 21/02/2014 | 12:59 pm


PENGERUSI DAP Karpal Singh didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur di Jalan Duta kerana didapati mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan berkenaan tindakan Sultan Perak Sultan Azlan Shah mengarahkan bekas Menteri Besar Perak Datuk Seri Nizar Jamaluddin meletakkan jawatan.

Keputusan itu disampaikan oleh Hakim Azman Abdullah.

Prosiding untuk menjatuhkan hukuman ditetapkan pada 7 Mac untuk memberikan ruang masa kepada pasukan pembelaan menyiapkan laporan perubatan Karpal.

Karpal yang berusia 74 tahun berhadapan hukuman penjara tidak lebih lima tahun atau didenda tidak lebiH RM5,000. Jika hukuman dijatuhkan, Karpal akan secara automatik kehilangan kerusi Parlimennya.

Beliau yang merupakan Ahli Parlimen Bukit Gelugor akan memfailkan rayuan berhubung sabitan itu dalam masa dua minggu.

“Kami menerima keputusan mahkkamah pada masa ini dan saya akan memfailkan rayuan,” memetika kata-kata Karpal menurut laporan portal berita Malaysiakini.

Menurut Karpal, ini bukan kali pertama beliau disabitkan kesalahan di mahkamah.

Pada prosiding hari ini, galeri awam di mahkamah dipenuhi penyokong Pakatan Rakyat dengan memakai kemeja T parti DAP dan ada diantara orang awam tidak mendapat tempat duduk.

Kepada mereka yang tidak mendapat tempat duduk, mereka diminta menunggu di luar sehingga prosiding selesai.

Turut hadir mengiringi Karpal di mahkamah ialah Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor Hannah Yeoh dan Ahli Dewan Undangan Negeri Kampung Tunku Lau Weng San.

Selain mereka, Ahli Parlimen Segambut Lim Lip Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dan anak Karpal Gobind Singh Deo.

Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail turut hadir.

Dalam pertuduhannya, Karpal didakwa mengeluarkan satu kenyataan dalam satu sidang media mengatakan tindakan Sultan Azlan Shah mengarahkan Nizar meletakkan jawatan boleh dicabar di mahkamah.

Karpal membuat kenyataan itu di firma guamannya di Jalan Pudu Lama, Kuala Lunmpur pada pukul 12.30 tengahari, 6 Februari 2009.
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger