Home » » Terkini ; Foto Anggota PDRM Di Tembak Di Mata & Muka..

Terkini ; Foto Anggota PDRM Di Tembak Di Mata & Muka..

Written By Unknown on 04/02/2014 | 9:57 pm


Seorang anggota polis berpangkat Lans Koperal dipercayai dari Cawangan Khas Bukit Aman ditemui mati terbaring selepas ditembak di kepala di tepi jalan di Jalan Negeri Sembilan, Bukit Persekutuan di sini, sebentar tadi.

Difahamkan, kejadian disedari orang awam yang melalui jalan berkenaan yang kemudian melaporkan kepada polis untuk tindakan lanjut, kira-kira jam 4.30 petang.


Pemeriksaan lanjut menemui mangsa berusia 37 tahun terbaring berdekatan sebuah motosikal dengan dua kesan kecederaan di kepala.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Asisten Komisioner Khairy Ahrasa ketika ditemui berkata, siasatan menyeluruh bagaimanapun masih sedang dijalankan pihaknya mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.



LANS Koperal polis ditemui mati terbaring selepas ditembak di kepala Bukit Persekutuan.

Menurut beliau, pihaknya turut menemui dua kelongsong peluru di sekitar lokasi kejadian dan mayat mangsa dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk bedah siasat.
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger