Home » » Terengganu Terbaru : Foto Lelaki Mati Di Tembak Cuba Tetak Polis

Terengganu Terbaru : Foto Lelaki Mati Di Tembak Cuba Tetak Polis

Written By Unknown on 23/02/2014 | 12:03 pm



Seorang lelaki ditembak mati ketika menyerang anggota polis di Jalan Airport Kerteh, Kemaman, Terengganu petang semalam.

Dalam kejadian jam 5.50 petang itu, suspek yang dikenali sebagai Along Kemasek cuba diberkas empat anggota polis selepas menerima maklumat bahawa suspek terlibat dengan kes samun kedai serbanika dan stesen minyak sekitar kawasan Kerteh.

Bagaimanapun semasa hendak membuat tangkapan, suspek telah menyerang salah seorang anggota polis menggunakan parang sepanjang 3 kaki.

Ketika hendak menghayun parang ke arah anggota polis yang terjatuh, anggota lain terpaksa melepaskan tembakan. Salah satunya mengenai perut suspek yang turut membawa bersamanya sebilah pisau lain di pinggang.

Berdasarkan rekod, suspek mempunyai lapan rekod jenayah lampau. – mynewshub
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger