Georgetown: Mereka digelar sebagai ‘awek rojak’ dan boleh ditiduri bila-bila masa asalkan ada lelaki hidung belang yang sanggup mengeluarkan wang untuk menampung kos sara hidup bulanan mereka.
Tanpa memilih bangsa, golongan awek ini dikesan menggunakan kecantikan dimiliki untuk mengikis wang lelaki hidung belang yang dahagakan belaian manja mereka.
Bagi mereka, hilang perawan bukan satu masalah besar asalkan mendapat imbuhan dengan menggadai ‘mahkota’ kepada lelaki.(gambar hiasan)
Tanpa mengira status si lelaki, golongan ini akan mengikis habis-habisan wang mangsa mereka dan sering bertukar pasangan dengan tujuan mendapatkan wang secara mudah.
Kebanyakan mereka terdiri daripada wanita warga asing yang bekerja di kilang dan akan mencari mangsa dengan menabur cinta sebelum mengikis pasangan mereka.
Post a Comment