Home » » Terbaru ; Jadual Gangguan Bekalan Air Selangor & Wilayah

Terbaru ; Jadual Gangguan Bekalan Air Selangor & Wilayah

Written By Unknown on 18/02/2014 | 7:18 pm


Untuk makluman bersama.

SELASA 18 FEBRUARI 2014

STATUS TERKINI GANGGUAN BEKALAN AIR DI BEBRAPA KAWASAN DI NEGERI SELANGOR, W.P. KUALA LUMPUR DAN PUTRAJAYA

Kuala Lumpur – Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) ingin memaklumkan status terkini gangguan bekalan air tidak berjadual yang melibatkan beberapa kawasan di Negeri Selangor, Wilayah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya yang berlaku sejak kebelakangan ini.

Sehingga kenyataan ini dikeluarkan, sejumlah 27,003 pintu rumah di bebeberapa kawasan di Hulu Langat dan Kuala Langat masih mengalami terputus bekalan air kerana Loji Rawatan Air (LRA) Cheras Batu 11 dan LRA Bukit Tampoi masih ditutup semenjak 28 Januari 2014 yang lalu disebabkan pencemaran kandungan ammonia yang tinggi di Sungai Langat. 

Senarai kawasan yang masih terputus bekalan disebabkan penutupan kedua-dua loji rawatan air tersebut adalah seperti berikut:-

WILAYAH HULU LANGAT

1 Taman Setia, Balakong

2 Desa Karun Mas

3 Taman Cheras Jaya

4 Taman Bukit Emas

5 Taman Impian Indah

6 Taman Sejati

7 Taman Bukit Sungai Long

8 Taman Taming Indah

9 Kawasan Perindustrian Cheras Jaya

10 Taman Sri Indah

11 Taman Impian Ehsan

12 Taman Suria

13 Taman Kasturi

14 Kampung Baru Balakong

15 Taman Seri Sungai Long

16 Taman Seri Kenangan

17 Batu 11, Jalan Cheras

18 Taman Balakong Jaya

JUMLAH PINTU RUMAH: 18,430

WILAYAH KUALA LANGAT

1 Kampung Olak Lempit

2 Kampung Bukit Changgang

3 Kampung Labohan Dagang

4 Taman Changgang Jaya

5 Kompleks Perabut Olak Lempit

6 Rtb Bukit Changgang

7 Bandar Seri Ehsan

8 Bandar Mahkota

9 Bandar Sungai Emas

10 Taman Arked

11 Taman Sri Dagang

12 Taman Ambar

13 Taman Langat Murni

14 Taman Langat Utama

15 Taman Murnimas

16 Taman Sri

17 Taman Sri Cheding

18 Sekolah Tamil Sungai Sedu

19 Selangor Dredging

JUMLAH PINTU RUMAH: 8,573


Dalam masa yang sama, sejumlah 83,084 pintu rumah di beberapa kawasan di sekitar Hulu Langat, Kuala Langat, Kuala Lumpur dan Petaling Jaya juga mengalami terputus bekalan air dan tekanan rendah sejak kebelakangan ini disebabkan pertambahan permintaan air yang mendadak ekoran dari cuaca panas kering dan ketiadaan hujan yang berlarutan. Senarai kawasan yang terlibat dengan gangguan bekalan air ini adalah seperti berikut:-

WILAYAH HULU LANGAT

1 Bandar Tun Hussien Onn

2 Saujana Impian

JUMLAH PINTU RUMAH: 8,378


WILAYAH KUALA LANGAT

1 Batu 7 ijangkang

2 Batu 8 Sijangkang

3 Batu 9 Sijangkang

4 Batu 9 Kg Medan

5 Batu 9 Kebun Bharu

6 Taman Desa Sijangkang

7 Taman Rivera Perdana

8 Taman Permai Sijangkang

9 Taman Sijangkang Indah

10 Taman Medan Indah

11 Taman Perwira

12 Taman Sijangkang Jaya

13 Taman Seri Medan

JUMLAH PINTU RUMAH: 7,351

WILAYAH KUALA LUMPUR

1 Angsana Hilir

2 Ampang Hilir

3 Taman Pertama

4 Taman Bukit Pandan

5 Kg Pandan Luar

6 Kg Pandan Dalam

7 Taman Koperasi Polis

8 Taman Desa Baiduri

9 Bandar Damai Perdana

10 Taman Damai Perdana

11 Taman Desa Cahaya

12 Taman Sri Bahagia

13 Taman Bukit Anggerik

14 Taman SPPK Bkt Cheras

15 Taman Orkid Desa

16 Taman Segar

17 Taman Billion

18 Taman Supreme

19 Taman Cheras

20 Taman Cheras Utama

21 Taman Cheras Hartamas

22 Taman Bkt Segar Jaya

23 Bandar Baru Segar
24 Taman Damai Indah

25 Taman Minang Ria

26 Taman Bukit Angsana

27 Taman Suria Jaya

28 Taman Len Seng

29 Taman Desa Cheras

30 Taman Alam Damai

31 Taman Maluri

32 Taman Bukit Segar

33 Taman Bukit Segar Masera

34 Taman Tayton View

35 Taman Connaught

36 Pandan Prima

37 Taman Tenaga

38 Taman Ikan Emas

39 Sebahagian Bandar Tun Razak:

• Hospital UKM (HUKM)

• Jln Tenteram

• Jln Yaakob Latif

40 Taman Midah

41 Taman Desa Aman

42 Taman Rajawali

43 Taman Cheras Makmur

44 Kg. Cheras Baru, Bukit A & B

45 Sebahagian Kawasan Damansara:

• Jalan Segambir

• Jalan Belimbing

• Jalan Setiabistari

• Jalan Setiamurni 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8, 9, 10, 11 & 12

• Jalan Setiabudi

• Jalan Setiarasai

• Jalan Setiarayai

• Jalan Setiajaya

• Jalan Medan Setia

• Jalan Setiabakti

• Jalan Setiakasih

• Plaza Damansara

• Taman Seri Beringin

JUMLAH PINTU RUMAH: 55,826



WILAYAH HULU PETALING

1 Puchong Jaya

2 Pusat Bandar Puchong

3 Taman Wawasan

4 Kawasan Perindustrian Bandar Puchong

5 Taman Bukit Kuchai

JUMLAH PINTU RUMAH: 11,529

Pihak SYABAS ingin memaklumkan bahawa sekiranya keadaan ini berlaku secara berterusan, adalah dijangkakan lebih ramai pengguna akan mengalami terputus bekalan air. Dalam menghadapi keadaan ini, pihak SYABAS telah mengaktifkan pelan tindakan kecemasan kepada seluruh kakitangan SYABAS bagi memantau dan mengurus penghantaran bantuan air kecemasan menggunakan lori-lori tangki dan tangki statik untuk meringankan kesan yang dialami oleh pengguna terlibat. Walaubagaimanapun kemampuan bekalan air kecemasan ini amat terhad dan tidak mampu memenuhi kesemua permintaan pengguna yang terlibat dalam masa yang ditetapkan dan diinginkan oleh pengguna.

Sehubungan itu, para pengguna yang terputus bekalan air yang mengambil air dari lori-lori tangki air dan tangki statik SYABAS diminta untuk berjimat cermat bagi membolehkan lebih ramai pengguna yang terlibat mendapat bantuan air kecemasan ini. Sementara itu, para pengguna khususnya di kawasan yang tidak terlibat dengan gangguan disarankan agar tidak melakukan pembaziran air kerana sebarang penjimatan boleh disalurkan ke kawasan-kawasan yang terlibat secara langsung dengan gangguan. Dalam masa yang sama, pihak SYABAS juga akan terus memaklumkan sebarang perkembangan terkini dari semasa ke semasa.

Pihak SYABAS amat mengharapkan agar para pengguna semua memahami keadaan ini dan bagi mereka yang yang memerlukan bantuan boleh menghubungi talian bebas tol PUSPEL SYABAS di talian 1-800-88-5252 atau menghubungi Pusat Khidmat Setempat (PKS) SYABAS yang turut dibuka di kawasan mereka.

Walau bagaimanapun, sekiranya aduan serentak berlaku dengan jumlah yang sangat tinggi, ianya akan melampaui kapasiti perkhidmatan di PUSPEL menyebabkan panggilan pengguna tidak dapat menembusi talian PUSPEL atau terpaksa menunggu dengan lebih lama. Pihak SYABAS berharap para pengguna memahami situasi ini.

- tamat -


foto hiasan
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger