Paris – Media-media Perancis menyiarkan gosip sensasi dengan dakwaan Presiden Barack Obama dan penyanyi pop Beyonce sedang bercinta.
Spekulasi itu disiarkan ketika Presiden Perancis, Francois Hollande , yang menggembarkan dunia kerana berlaku curang dengan teman wanitanya, tiba di Amerika Syarikat untuk lawatan kerja.
Khabar angin hubungan antara Obama dan Beyonce itu pertama kalinya diperkatakan dalam stesen radio Europe 1, pagi tadi.
Meskipun Washington Post menafikan perkara berkenaan, namun jurugambar Perancis, Pascal Rostain mendakwa hubungan cinta tersebut wujud.
Rostain, adalah jurugambar yang merakamkan gambar Hollande mengunjungi teman wanita barunya secara senyap-senyap.
Menurut Rostain, pendedahan mengenai hubungan Obama dan Beyonce itu akan mengejutkan seluruh dunia.
“Anda tahu, ketika ini, di Amerika Syarikat, sesuatu yang besar bakal berlaku.
“Malah ia akan dilaporkan oleh Washington Post. Saya boleh katakan bahawa dunia akan memperkatakan tentang perkara ini,’’ katanya dalam temubual dengan Jean-Marc Morandini.
Dakwaan Rostain itu telah disiarkan oleh akhbar ternama di Perancis seperti Le Figaro dan Le Point.
Ditanya mengenai hubungan Obama dan isterinya, Michelle, Rostain berkata, untuk kali pertama, terdapat gambar yang menunjukkan pasangan itu semakin renggang.
Rostain bagaimanapun kemudiannya memberitahu, kisah cinta Obama dan Beyonce hanya satu gurauan.
mynewshub
Post a Comment