Home » » Terbaru ; Bunuh Isteri, Nabil Di Tahan Polis...

Terbaru ; Bunuh Isteri, Nabil Di Tahan Polis...

Written By Unknown on 13/02/2014 | 3:21 pm



Perlakuan kejam lelaki yang membunuh isterinya dengan cara yang dahsyat akhirnya berakhir didalam penjara.

Lelaki yang berusia lewat 20-an itu ditangkap kerana membunuh isterinya dan mengerat mayat mangsa. Dia melakukan kekejaman itu selepas diberitahu anak lelakinya yang berusia dua tahun bahawa wanita terbabit membawa lelaki masuk ke rumah mereka ketika dia tiada.

Lelaki yang dikenali sebagai Nabil itu menunggu isterinya tidur sebelum mengambil penukul dan mengetuk kepala mangsa berulang kali. Mangsa melompat dari katil dan cuba melarikan diri. Sambil menggelar isterinya ‘wanita jahat dan curang,’

Nabil mengejar mangsa di sekitar apartmen mereka di Kaherah. Dia kemudian menikamnya dengan pisau berulang kali tanpa mempedulikan jeritan anak lelaki mereka dan rayuan mangsa.

Nabil memberitahu polis, selepas membunuh isterinya, dia cuba memotong mayat mangsa kepada beberapa bahagian untuk dimasukkan ke dalam plastik sampah, tetapi pisau yang digunakannya tumpul.

Dia kemudian meminjam pisau pemotong daging tetapi penduduk menghubungi polis selepas melihat tangannya berlumuran darah dan mendengar jeritan anaknya.

Nabil mengakui dia sempat menggunakan kapak untuk memotong mayat isterinya kepada beberapa bahagian.

Akhbar melaporkan Nabil sedang memasukkan keratan tubuh isterinya ke dalam plastik sampah ketika polis menyerbu kediaman itu dan menahannya. 


Aakj ; hehe Nabil ni nama banyak..dont panik la hehe tu foto carian google

- utaranews
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger