Seorang ayah dari Highland Park, Michigan, USA dituduhmembunuh anaknya - yang merayu - rayu agar jangan dibunuh - setelah mengetahui bahawa anaknya itu telah melakukan hubungan seksual dengan adik tirinya.
Jamar Pinkney Hero, 37, yang sangat marah setelah mendengar bahawa anak lelakinya yang berusia 15-tahun iaitu Jamar Pinkney Jr melakukan hubungan seksual dengan adik tirinya yang berusia baru 3 tahun, menelanjanginya kemudian menggiringnya ke sebuah tanah kosong dan menembaknya hingga mati meskipun dirayu oleh anak lelaki itu dan ibunya, kata relatif.
Pihak berkuasa Michigan memfailkan dakwaan pembunuhan peringkat pertama terhadap Pinkney pada hari Rabu keranamenembak anaknya pada hari Isnin.
Peguam bela O'Meara Corbett berkata bahawa pihak pendakwa harus mempertimbangkan bukti daripada keadaan fikiran ayah itu setelah mengetahui tentang gangguan seksual tersebut.
"Ini adalah sesuatu yang sukar untuk ditangani oleh semua pihak yang terlibat, termasuklah polis," kata ketua polis iaitu Ted Caldwell.
"Highland Park adalah sebuah bandar kecil. Mereka adalah orang-orang yang telah menjadi ahli masyarakat selama bertahun-tahun."
Penembakan terjadi pada Khamis malam di sebuah tanah kosong di bandar itu. Ibu kepada anak itu, Lazette Cherry, mengatakan kepada Detroit Free Press bahawa anak laki-lakinya mengatakan ia sudah melakukanhubungan seksual yang salah dengan budak perempuan itu.
-selonggok2ringgit
Post a Comment