Home » » Serangan Seksual Penumpang ; SPAD Buru Pemandu Teksi 70 Tahun

Serangan Seksual Penumpang ; SPAD Buru Pemandu Teksi 70 Tahun

Written By Unknown on 26/02/2014 | 1:15 pm


Semalam Aakj ada keluarkan artikel Modus Operandi Pemandu Teksi yang merogol dan samun penumpang d SINI..hari ni berita SPAD kat bawah ni lagi berat adehhh :

SPAD berjaya mengesan seorang pemandu teksi dipercayai berumur 70-an yang disyaki terbabit dalam kes serangan seksual ke atas seorang wanita berumur 20 tahun pada 28 Januari lalu.

SPAD dalam satu kenyataan media memberitahu SPAD telah memanggil lelaki tersebut dan siasatan ke atasnya berhubung kes berkenaan telah dimulakan.

“SPAD mahu memaklumkan bahawa siasatan telah dimulakan. SPAD telah berjaya mengesan pemandu teksi terbabit dan dipanggil untuk siasatan.

“SPAD akan bekerjasama penuh dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam siasatan kes ini,” kata kenyataan itu hari ini.

Menurut kenyataan itu, SPAD mengutuk semua bentuk gangguan dan jika didapati bersalah, pemandu teksi itu berdepan risiko lesen dibatalkan mengikut Akta Pengangkutan Awam Darat 2010.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif SPAD, Mohd. Nur Ismal Mohamed Kamal dalam kenyataan sama menegaskan, sesiapa yang melakukan kesalahan seperti itu tidak layak menjadi pemandu teksi kerana memalukan profesion tersebut.

Jelasnya, SPAD bekerja keras untuk mempertingkatkan industri teksi tetapi sikap negatif pemandu melanggar undang-undang dan syarat lesen tidak boleh diterima.

Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai yang menjadi mangsa seperti kes tersebut atau kes lain supaya membuat aduan kepada SPAD Aduan Hotline di talian 1-800-88-7723.

“Aduan boleh juga dibuat menerusi emel aduan@spad.gov.my, Twitter @aduanSPAD atau melalui Facebook rasmi SPAD,” katanya

Akhbar The Star bertajuk ‘Nightmare ride with pervert cabbie’ sebelum ini mendedahkan kisah seorang wanita berumur 20 tahun yang dipaksa meletakkan tangannya pada kemaluan seorang pemandu teksi.

Pekerja pusat panggilan itu menaiki teksi berkenaan selepas membeli barangan dapur dekat Jalan Metro Prima di Kepong pada kira-kira 7 malam, 28 Jan lepas.

Wanita itu duduk di tempat duduk penumpang sebelah pemandu teksi itu yang kemudian mula memberi komen lucah dan seksual terhadapnya.

Pemandu itu, dipercayai berumur 70-an, didakwa meraba pahanya dan meletakkan sebilah pisau di atas papan pemuka dan pada masa sama mengeluarkan kata-kata lucah terhadap wanita yang ketakutan itu. – mynewshub.my
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger