Home » » Sebaran Segera ; Polis Sediakan Bilik "Triaj" Untuk Pengadu Kes Sensitif

Sebaran Segera ; Polis Sediakan Bilik "Triaj" Untuk Pengadu Kes Sensitif

Written By Unknown on 23/02/2014 | 10:07 pm

SEBARKAN: Bilik Khas Untuk Mereka Yang Mahu Mengadu Kes SENSITIF Di Balai Polis

MUNGKIN ramai yang tidak tahu bahawa Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah melancarkan Perkhidmatan Triaj ini pada 21 September 2011 oleh Tan Sri Ismail Omar, Ketua Polis Negara pada ketika itu.

Ia merupakan sebuah bilik khas di bahagian pertanyaan balai-balai polis untuk kegunaan pengadu yang ingin membuat laporan berkaitan kes-kes sensitif.

Selain menjaga kerahsiaan pengadu, kemudahan bilik yang dikenali sebagai ‘Triaj’ itu diwujudkan bagi mengelak berlaku suasana tidak terkawal di kaunter pertanyaan.

Kemudahan itu diberikan kepada orang ramai yang membuat aduan berkaitan kes-kes sensitif seperti jenayah seksual, keganasan rumahtangga, culik, ragut dan kemalangan jalan raya.

Pengadu yang terdiri daripada kanak-kanak, orang kurang upaya (OKU), warga emas dan wanita hamil akan diberi keutamaan menggunakan bilik Triaj (bermaksud ‘tindakan mengikut kesesuaian’ dalam bahasa Perancis).

PDRM juga menyediakan kakitangan awam dan pegawai penyiasat yang terlatih untuk menerima laporan dan membantu mangsa mengawal emosi mereka ketika ditempatkan di bilik Triaj.

Bilik ini berbeza dengan kaunter pertanyaan kerana ia tempat menangani masalah pengadu yang menghadapi tekanan emosi atau pengalaman pahit dalam sesuatu kejadian.

Jadi anda rasa kes anda perlu ditangani secara rahsia kerana ia bersifat ‘sensitif’, maklumkan pegawai bertugas yang anda memerlukannya.

SEBARKAN – mynewshub.my
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger