Pelakon wanita yang berlakon sebagai Mrs Jit dalam video kontroversi Onederful Malaysia CNY 2014 berkata, wataknya sepatutnya menggambarkan pelakon Hong Kong, mendiang Lydia Shum.
“Saya tidak tahu mengapa orang ramai mengatakan watak saya menggambar seorang ahli politik di negara ini.
“Peminat-peminat program televisyen Hong Kong pastinya faham mengenai gambaran itu dibuat merujuk kepada Lydia Shum,” kata Lim Ching Miau, 32, ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) Kuala Lumpur pada Selasa.
Pelakon wanita itu menjelaskan bahawa pembantu peribadi Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok menghubunginya antara dua dan tiga hari sebelum rakaman video itu dibuat. – Mstar.com.my
Post a Comment