Home » » #PRKkajang ; Video Zahid Dedahkan Rafizi "Budak Anwar" !!

#PRKkajang ; Video Zahid Dedahkan Rafizi "Budak Anwar" !!

Written By Unknown on 27/02/2014 | 6:04 pm


Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Zaid Ibrahim yang juga bekas calon PKR di PRK Hulu Selangor pada tahun 2010 telah mengumumkan secara rasmi akan bertanding sebagai calon Bebas dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang.

Keputusan itu katanya demi memastikan agenda jahat menggulingkan Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim dan mengangkat Anwar Ibrahim menjadi Menteri Besar di Selangor dapat dipatahkan.

Selepas Zaid mengumumkan secara rasmi bertanding,kem PKR dilihat sudah kepanasan seolah-olah takut dengan aura Zaid.Pencalonan Zaid juga telah membangkitkan kemarahan pemimpin tertinggi PKR.

Anwar melalui pemimpin kesayangannya,Rafizi Ramli telah mula melancarkan perang saraf terhadap Zaid Ibrahim.Dalam satu kenyataan kepada media,Rafizi telah mendedahkan salah laku Zaid semasa masih berada dalam saf kepimpinan PKR .Menurut Rafizi,Zaid telah cuba melobi beberapa projek mega demi kepentingan peribadi.

"Dalam tempoh pendek lebih setahun beliau menjadi anggota PKR, beliau juga tidak segan silu cuba menggunakan kedudukan di dalam parti untuk mempengaruhi keputusan kerajaan negeri".

"Sebagai pegawai eksekutif Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor, saya pernah didatangi sendiri Datuk Zaid, meminta supaya kami campur tangan dalam dua projek yang diusahakan rakan atau pihak yang bersabit dengan beliau," kata Rafizi pada sidang media di ibu pejabat PKR semalam.dalam sidang media itu,Rafizi turut mengedarkan salinan email antara beliau dan Zaid dalam urusan melobi.

Melihat kepada tindakan jahat Rafizi,Zaid hari ini telah tampil mempertahankan tindakan beliau dan menggelar Rafizi sebagai "politik budak jahat".Tegas Zaid,pemberian surat sokongan adalah lumrah dalam melakukan sesuatu projek.Cara itu juga diamalkan oleh pemimpin PKR sendiri.

"Jika saya memajukan dua emel kepada Rafizi, ia bukan bererti saya melobi."Ketika itu Rafizi hanya budak Anwar (Datuk Seri Anwar Ibrahim) yang tiada jawatan. Jika saya hendak melobi untuk kepentingan saya, saya boleh terus jumpa dengan menteri besar atau exco, bukan budak pejabat Anwar," katanya.

Zaid sebelum ini telah menyertai PKR pada 2009 selepas keluar daripada Umno dan bertanding untuk jawatan timbalan presiden pada tahun berikutnya, namun beliau telah umumkan keluar PKR pada November 2010 gara-gara kemelut yang dialami dalam pilihan raya PKR.

Pada Disember 2010, Zaid menubuhkan Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (dahulunya dikenali Angkatan Keadilan Insan Malaysia) dan dilantik sebagai presiden parti.-UtaraNews.





Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger