Home » » #PRKkajang ; Faekah Selar Kenyataan Rafizi Sebagai ‘Dangkal’

#PRKkajang ; Faekah Selar Kenyataan Rafizi Sebagai ‘Dangkal’

Written By Unknown on 06/02/2014 | 9:27 am


oleh ZR;


Bekas setiausaha sulit kepada Menteri Besar Selangor, Faekah Husin menyelar kenyataan Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli yang sebelum ini cuba mempertahankan Ketua Umum parti itu, Anwar Ibrahim sebagai‘dangkal’.
 
Bagi mempertahankan tindakan bodoh parti itu, yang mengkhianati amanah rakyat, Rafizi mengatakan kehadiran Anwar bertanding di Kajang adalah penting untuk menghalang kerajaan Barisan Nasional (BN) dari menggunakan situasi darurat untuk merampas negeri itu.
 
“Umno menggunakan kuasa darurat bagi menggantung pentadbiran kerajaan negeri dan ia pernah berlaku sebelum ini,” katanya sebelum ini.
 
Faekah yang dipetik melalui laman twitternya pada 4 Februari lalu, menyifatkan kenyataan Raizi itu sebagai ‘dangkal’ kerana cuba menjadikan alasan yang tidak masuk akal itu untuk memujuk hati rakyat yang sedang marah dengan permainan ‘politik kotor’ PKR.
 
Menurut laman web rasmi Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM), Dewan Bahasa dan Pustaka, maksud bagi bagi penggunaan perkataan ‘dangkal’ ialah :
 
1.    Tidak faham benar, tidak mempunyai pengetahuan yang mendalam (tentang sesuatu) atau cetek.
 
Paling menarik apabila, ‘tweet’ faekah itu turut di sokong oleh para penyokong parti PKR yang jelas tidak bersetuju dengan cara yang digunakan. Ia juga secara tidak langsung membuktikan parti itu sanggup mengkhianati amanah rakyat dan mempermainkan sistem demokrasi semata-mata untuk memenuhi agenda peribadi Anwar.
 
Berikut adalah antara komen yang bersetuju dengan pandangan yang diberikan oleh Faekah itu:
 
Berguling-guling baca kak. Patut bagi tahu je yang betul. Tak ada la (kena) kutuk-kutuk – JDT Scouse
 
It is hilarious how your chief strategist @rafiziramli spins strategy but surprisingly @Ambiga_S believes it – Rais Hussin
 
Awat la bodoh piang sangat si rafizi ni? – Abu Hanim
 
Bila kera dapat kuasa, pisang di sangka senjata.. itu je standard pengarah strategi #wasted – Tuan Penasihat
 
Bagus ler @faekah_qkn5 sudah tahu rafizi ni dengkal dan bodoh sombong@HasniYatim @MediaSelangorku – Ismail Ahmad
 
Pilihan raya kecil dah jadi pilihan raya kelakar. Tak rasional langsung – Khairi al-Attas
 
Bila sudh tepu + tiada lg justifikasi yg kukuh utk mmberikn alasan = merapu? – Rasbima
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger