Seorang lelaki warga emas terpaksa membayar dengan nyawanya apabila dia dibelasah orang ramai ketika mengintai seorang wanita dalam tandas di Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) di Pulau Pinang, menyebabkan dia di masukkan ke wad neurologi Hospital Pulau Pinang (HPP) sebelum meninggal dunia, malam kelmarin.
Mangsa yang berusia 59 tahun meninggal dunia kira-kira jam 9 malam selepas dimasukkan ke hospital sejak seminggu lalu kerana mengalami pendarahan dalam otak.
Dalam kejadian Sabtu lalu, seorang peniaga wanita masuk ke tandas untuk membuang air kecil sebelum menyedari dia diintai seorang lelaki melalui celahan pintu yang renggang.
Wanita terbabit kemudian menjerit meminta tolong dan seorang saudaranya masuk dan terserempak seorang lelaki yang berada di tandas bersebelahan.
Suspek yang berusia 59 tahun dan juga seorang pengemis dipukul beramai-ramai oleh orang awam yang berang sebelum diserahkan kepada polis.
foto hiasan carian google
+ comments + 1 comments
kejamnya hukuman orang pulau pinang.
Post a Comment