Home » » Penang ; Foto Mayat Tinggal Separuh Di Jumpai

Penang ; Foto Mayat Tinggal Separuh Di Jumpai

Written By Unknown on 05/02/2014 | 9:00 am

Mayat Reput Terputus Dua Ditemui

Mayat seorang lelaki yang hampir reput dan kepala terputus dijumpai dalam hutan simpan Bukit Gedung, 50 meter dari Jalan Mayang Pasir, Bayan Baru di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Barat Daya Supritenden Lai Fah Hin berkata kepala lelaki itu dijumpai tergantung menggunakan akar kayu pada sebatang pokok setinggi dua meter dari aras tanah oleh orang awam yang melalui kawasan itu pada pukul 5 petang.

“Berdasarkan keadaan mayat yang telah berbau dan mereput, polis percaya lelaki itu telah meninggal dunia lebih daripada dua minggu,” katanya kepada pemberita di tempat kejadian.

Beliau berkata mayat itu dijumpai dalam keadaan tertiarap dan lengkap berpakaian. Tiada dokumen pengenalan diri ditemui.

Lai berkata polis sedang meneliti laporan orang hilang untuk mengenal pasti identiti mangsa dan meminta orang ramai yang kehilangan anggota keluarga atau mempunyai maklumat mengenai kejadian itu menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

Mayat lelaki itu dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat dan siasatan awal mengklasifikasi kes itu sebagai mati mengejut.
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger